Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video

Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video
link : Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video

Baca juga


Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video

Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video

Selain anak bini, ada lagi satu benda yang buat korang gelisah kalau takde kan? Tak lain dan tak bukan, mestilah Internet. Kadang-kadang bila data habis data hujung bulan mesti korang kesepian bila ada kat luar rumah. Boleh kemurungan jadinya.

Menurut kajian Kantar TNS, 82% peratus rakyat Malaysia menggunakan internet untuk menonton video online. Kiranya 8 dari 10 orang kat sekeliling korang sekarang tengah tengok video online. Tak kiralah guna Youtube ke atau jenis yang kena subscribe macam Netflix, iflix, Tonton dan Astro Go.

Korang pulak tengok masa hadapan yang kian kabur. Imej dari Trip Advisor.

Disebabkan ramainya peminat video online di Malaysia ni, maka, diorang tergolong dalam kumpulan heavy data user. Kebiasaannya, kumpulan ni akan menggunakan internet lebih 10GB ke atas sebulan.

Jadi kali ni, kami dan partner kami di Celcom akan cuba siasat berapa banyak video yang korang boleh tengok sebenarnya dengan data 10GB yang korang pakai. Aplikasi video yang terlibat dalam siasatan ni adalah Youtube, Netflix, Iflix, Tonton dan Astro Go.

1) YouTube

Youtube dan orang Malaysia memang tak boleh berpisah. Buktinya, kajian Google bagitahu yang setiap rakyat Malaysia menghabiskan masa 80 minit untuk menghadap Youtube, iaitu dua kali ganda lebih lama berbanding negara lain!

Video jenis apa yang korang tengok kat Youtube? Menurut VidstatsX, orang Malaysia paling banyak subcsribe tiga Youtube Channel tempatan iaitu:

  1. Les Copaque Production (penerbit Upin Ipin): 1.8 juta subscriber
  2. Monsta (penerbit Boboiboy): 1.3 juta subscriber
  3. Astro Gempak: 1.2 juta subscriber

Untuk Les Copaque Production dan Monsta, mungkin ibu bapa subcribe sebab senang nanti kalau anak menangis terus bagi phone untuk tengok cerita Upin Ipin dan Boboiboy. Astro Gempak pulak banyak video promo rancangan Astro dan juga beberapa video pendek bersiri.

Bila Youtube buat hal. Kucing pun marah.

Jadi kami buat pengiraan data berdasarkan tiga channel yang paling popular ni. Kami catat penggunaan data yang digunakan setiap minit. Dengan sepuluh kali video berlainan, purata penggunaan 5.1MB seminit.

Hasil 10 kali cubaan untuk video satu minit di Youtube.

Contoh video pendek kat Astro Gempak adalah jenis bersiri Cerita Dari Mastika. Purata 13 episod video tu adalah 7 minit per episod. Jadi dengan 5.1MB seminit berapa video pendek kita boleh tengok?

5.1MB x 7 minit= 35.7 MB setiap video
10GB/35.7 MB= 280 video pendek

Tak payah ler bawak pergi kedai. Tengok kat phone je. Imej dari Mahamahu.

Bagi video panjang sikit kita ambil contoh video dari Les Copaque Production. Daripada 5 full episode yang kami ambil, purata panjang video adalah 19 minit. Jadinya,

5.1 MB x 19 minit = 96.9 MB setiap video
10GB /96.9 MB = 103 video panjang

Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:

2) Netflix

Neflix memang banyak betul pilihan movie taraf Academy Award. Apa yang menarik, Netflix ni ada juga drama eksklusif yang diorang je yang tayangkan. Antara yang pernah meletup adalah drama bersiri 13 Reasons Why. Public figure yang ada kat Malaysia pun ada yang buat review pasal drama ni antaranya Matluthfi.

Netflix menyatakan yang video berkualiti medium memakan 0.7GB (700MB) untuk sejam video.  Maknanya untuk seminit ia memakan 11.7 MB/min. Drama ekslusif Netflix yang kami ambil untuk pengiraan adalah 13 Reasons Why yang mempunyai 13 episod. Setiap episod secara puratanya adalah 56 minit.

11.7MB x 56 min= 655.2MB setiap episod
10GB/655.2MB= 15 episod

Bagi movie Hollywood pulak, kami ambil tempoh tayangan purata daripada Business Insider iaitu 141.6 minit. Jadinya,

11.7MB/min x 141.6 minit= 1.7GB setiap movie
10GB/1.7GB= 6 movie Hollywood

Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:

3) iflix

Selain filem Hollywood, ramai antara kita yang semestinya masih sayang dengan drama dan filem Melayu, dan iflix memang sesuai untuk peminat-peminat ni semua. Malah ada drama Melayu yang dah tak ditayangkan kat TV, tapi korang boleh tengok balik kat iflix.

Banyak gila filem Melayu legend. Imej dari MyRujukan.

Menurut Iflix, secara kasarnya, 90 minit video akan memakan 700MB. Tapi, kami buat jugak lagi ujian sendiri.  Setelah 10 kali percubaan untuk setiap video berdurasi seminit yang berbeza, puratanya adalah 10.9MB/min.

Untuk tahu berapa penggunaan data bagi setiap episod, kami telah memilih drama Juvana mewakili drama Melayu. Juvana yang ada 13 episod secara puratanya berdurasi 40 minit per episod.

Hasil 10 kali cubaan untuk video satu minit di Iflix.

Maknanya,

10.9MB/min x 40 minit = 436MB setiap episod
10GB/436 MB = 23 episod

Apa yang kami perasan, drama ni kebanyakan tak boleh download. Tapi filem-filem boleh download termasuklah filem Melayu. Apa yang menarik, sebelum download, Iflix akan bagitahu siap-siap jumlah data yang diperlukan. Jadinya, kami rujuk kepada penggunaan data untuk 10 filem Melayu dalam Iflix dengan kualiti medium.

Senang nak bajet data macam ni.

Filem Melayu yang terlibat dalam kiraan ni adalah Duyung (90 min), Cicakman 2 (106 min), Cicakman (111 min), Karak (86 min), Mat Tudung (82 min), Ular (73 min), Hantu Kapcai (85 min), Chikaro (68 min), Hantu Tok Mudim (76 min) dan Black Maria (98 min).

10 movie Melayu yang kami pilih. Imej Screenshot.

Purata data diperlukan untuk setiap filem:

353MB+413MB+431MB+333MB+320MB+286MB+329MB+263MB+297MB+410MB= 3435MB

Purata data untuk satu filem,

3435MB/10= 343.5MB setiap movie
10 GB/343.5MB= 29 movie

Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:

4) Tonton

Semua pernah dengar drama bersiri Nur Kasih atau Ariana Rose di TV3, kan? Drama terbaru yang popular adalah Misteri Wan Peah. Tapi, bayangkan kalau korang diberi peluang tengok 6 bulan awal drama Melayu TV3 ni sebelum keluar kat TV. Bolehlah jadi spoiler kat FB!

Diamlah. Potong stim betul.

Platform inilah yang telah disediakan oleh Tonton kepada subscriber diorang. Menurut emel dari Tonton Support, penggunaan data mengikut kualiti video adalah macam kat bawah ni:

  1. Kualiti Tinggi/HD: 16KB setiap saat
  2. Kualiti medium: 16KB setiap saat
  3. Kualiti rendah: 12KB setiap saat

Walaupun bila bukak video, kami perasan tak ada button pilihan kualiti, tapi kelajuan internet kita yang akan menentukan kualiti video tu. Jadi katakan internet 10GB korang stabil dan nak tengok drama ekslusif Tonton sekarang macam Kelip-Kelip Di Kota London. Drama ni ada 13 episod yang secara puratanya adalah 40 minit per episod.

Antara drama eksklusif Tonton. Imej dari Youtube Tontonmy.

Untuk memastikan ianya lebih tepat. Kami telah buat ujian sendiri. 10 cubaan video Tonton yang berbeza dengan durasi seminit telah dilakukan dan purata penggunaan data adalah 15.2 MB/min.

Hasil 10 kali cubaan untuk video satu minit di Tonton.

Jadinya, 

15.2MB/min x 40 minit = 608MB setiap episod
10GB/608 MB = 16 Episod

Mungkin dengan 10GB korang boleh tengok 16 episod. Kiranya boleh tengoklah satu musim drama tu.

Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:

5) Astro Go

Untuk drama dan filem ni banyak betul platform yang ada. Tapi kebanyakan platform ni belum ada menyediakan siaran langsung bagi program sukan atau program hiburan. Inilah antara kelebihan Astro Go. Untuk peminat sukan bola terutamanya Liga Perdana Inggeris (EPL), korang memerlukan Astro Go bila waktu terdesak.

Katakanlah korang masa tu ada dalam toilet dan game team kegemaran korang dah mula. Korang boleh tengok di handphone melalui Astro Go. Menurut emel oleh We Care @ Astro, satu jam video di Astro Go menyedut data antara 300 MB hingga 700 MB.

Bila rabun duduk jauh, boleh tengok bola dalam phone. Imej dari NaijaKnowHow.

Disebabkan jawapan ni, kami pun menguji sendiri. 10 cubaan video berbeza dengan durasi seminit telah dilakukan dan purata penggunaan data adalah 15.3 MB/min.

Hasil 10 kali cubaan untuk video satu minit di Astro Go.

Bagi peminat bola, perlawan bola secara rasminya adalah 90 minit tak termasuk waktu tambahan. Jadi untuk setiap perlawanan secara mudahnya memerlukan,

15.3MB/min x 90 minit= 1.4GB setiap perlawanan
10GB/1.4GB= 7 perlawanan bola

Jangan tengok bola masa tengah drive.

Jadi secara kasarnya, dengan 10GB korang boleh tengok:

Tapi 10GB tak cukup kalau korang guna Internet untuk benda-benda lain! Tapi macam mana kalau korang boleh dapat 100GB percuma?

Boleh tahan jugak la ada 10GB. Masalahnya, data korang tu bukanlah digunakan semata-mata untuk stream video je kan. Mesti ada guna untuk post gambar dan video kat IG. Selain tu, orang yang bekerja akan guna data untuk upload dokumen atau hantar email.

Jadi, 10GB mesti tak cukup punya untuk yang minat tengok video ni. Tapi jangan risau sebab sekarang Celcom ada… Super Video Walla!

Dengan pakej ni, korang akan dapat 100GB percuma khas untuk tengok video je! Maknanya dia takkan kacau data korang yang biasa. Apa yang paling best, best, langganan bulanan dengan pakej Super Video Walla tak banyak beza pun, seperti yang kami tunjukkan kat bawah ni.

Bagi yang dah ada FGS dan FP – hanya perlu guna MyCelcom Postpaid App untuk mula langgan 100GB Super Video Walla secara percuma.

Imej dari Celcom.

Berapa banyak video yang korang boleh tengok dengan 100GB? Kat graf di bawah ni kami gambarkan perbezaan dia, memang takkan habis data korang.

Jadi lepas ni bolehlah korang tengok video selama 30 hari dan 30 malam berturut-turut. Sama ada tengah duduk dalam tren, sambil mengeteh kat kedai makan, sambil main ting-ting kat padang pun boleh. Asalkan jangan tinggal tanggungjawab harian ye! Klik sini untuk info berkenaan Super Video Walla!

Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video

Sekianlah artikel Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Internet cepat habis? Kami kira berapa banyak data korang guna bila stream video dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/internet-cepat-habis-kami-kira-berapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :