Hadiah Siti untuk anak

Hadiah Siti untuk anak - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadiah Siti untuk anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadiah Siti untuk anak
link : Hadiah Siti untuk anak

Baca juga


Hadiah Siti untuk anak

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, hasilkan tiga lagu khas untuk anak sulungnya yang bakal lahir Mac tahun depan.

Siti yang kini hamil enam bulan, mendapat idea mencipta lagu itu ketika berada di bilik air.

Katanya, melodi yang dihasilkan berentak perlahan dan rancak.

“Lagu ini hadiah untuk ‘baby’ saya. Dalam masa sama, orang ramai juga boleh menyanyikan lagu ini untuk anak mereka.

“Lagu ini juga sebagai tanda kenangan untuk anak. Apabila saya nyanyikan, saya boleh ingat dan bila besar nanti, dia tahu lagu ini dicipta khas oleh ibunya,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Siti, buat masa sekarang tiga lagu itu belum diserahkan kepada penerbit untuk didengar.

“Kalau dia kata okey, baru saya rakam dan merancang untuk pilih satu lagu terbaik. Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, saya mahu rakam sebelum bersalin.

“Semua melodi ini saya rakam secara ‘humming’ ketika berada dalam bilik air. Tambah pula bulan lalu baru saya ada ‘mood’ nak menyanyi. Jadi, idea menciptakan lagu ini datang secara spontan,” katanya

Siti yang ditemui pada sidang media program CTDK-Ation petang tadi berkata, buat masa ini dia belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi dalam kandungan bagi menghormati permintaan suami.

“Semua maklum suami inginkan anak perempuan. Macam saya katakan sebelum ini, kalau anak perempuan nama kena ada Siti. Suami pula nak letak pangkal nama anak dengan A.

“Buat masa sekarang, tidak ada tarikh atau majlis tertentu untuk buat pengumuman. Saya tunggu lampu hijau suami. Kalau dia kata okey, saya pun okey,” katanya.

The post Hadiah Siti untuk anak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hadiah Siti untuk anak

Sekianlah artikel Hadiah Siti untuk anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadiah Siti untuk anak dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/hadiah-siti-untuk-anak.html

Subscribe to receive free email updates: