Judul : Fatin Afeefa Terkejut Isu Foto Bercium Dengan Kekasih
link : Fatin Afeefa Terkejut Isu Foto Bercium Dengan Kekasih
Fatin Afeefa Terkejut Isu Foto Bercium Dengan Kekasih
Pelakon Fatin Afeefa mengakui terkejut dengan kewujudan sekeping foto menunjukkan seorang wanita sedang bercium dikatakan mirip seperti wajahnya yang tersebar di laman sosial.
Memetik laporan mStar online, Fatin berkata dia sudah mendengar mengenai isu gambar itu sejak dua minggu lalu dan menyifatkan satu tuduhan yang tidak masuk akal.
“Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram.
“Sejujurnya, dua minggu lalu saya ada dengar fasal isu ini tapi saya tak tengok lagi gambar itu dan tak tahu siapa wanita mirip wajah saya.
“Seingat saya, hujung bulan lalu, Instagram saya tidak boleh diakses dan hanya boleh digunakan semula pada pagi hari keesokannya. Tetapi, tak ada pula foto cium tersebut, pelik!,” katanya.
Satu artikel pada ruangan gosip sebuah akhbar tempatan semalam memaparkan penyebaran foto seorang wanita dipercayai pelakon berstatus janda bercium dengan kekasih.
Menurut tulisan dalam artikel itu, foto tersebut dipadam beberapa saat selepas dimuat naik, namun beberapa laman blog hiburan sempat menyimpan paparan skrin sebagai bukti.
Sementara itu, Fatin tidak menolak ada individu yang cuba menfitnah dirinya berdasarkan kenyataan yang diberi dalam artikel tersebut.
“Saya rasa ada yang cuba nak jatuhkan saya dengan buat fitnah begini. Saya dah baca gosip tersebut dan kenyataan yang diberi seperti cuba merujuk kepada saya.
“Daripada cerita sumber tersebut, dia seolah-olah tahu di mana rumah saya, apa yang saya lakukan terhadap anak dan sebagainya.
“Saya tahu ini kerja siapa. Tapi tak apa, saya bersabar dahulu. Kalau dia melampau batas, saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” tegasnya.
Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei lalu.
Dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia berusia dua tahun
The post Fatin Afeefa Terkejut Isu Foto Bercium Dengan Kekasih appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fatin Afeefa Terkejut Isu Foto Bercium Dengan Kekasih
Anda sekarang membaca artikel Fatin Afeefa Terkejut Isu Foto Bercium Dengan Kekasih dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/fatin-afeefa-terkejut-isu-foto-bercium.html