Judul : Farid Kamil cedera ketika penggambaran, MC 10 hari
link : Farid Kamil cedera ketika penggambaran, MC 10 hari
Farid Kamil cedera ketika penggambaran, MC 10 hari
AKIBAT kecuaian produksi, pelakon popular, Farid Kamil mengalami kecederaan serius ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersiri, minggu lalu.
Katanya, kecederaan itu diperoleh selepas menjayakan babak hujan kerana dipercayai sumber air yang digunakan dikhuatiri kotor dan mengandungi toksik.
“Kaki saya sakit, lebam-lebam dan gatal-gatal selepas sehari menjayakan babak itu.
“Ia menjadi semakin serius apabila saya tak boleh tidur kerana menahan sakit selain sukar untuk berjalan dan memakai seluar,” katanya pada Sinar Harian.
Lebih memburukkan, katanya, kecederaan serius itu turut dialami oleh teman segandingannya, Nelydia Senrose.
“Alhamdulillah, saya hanya terkena di kaki, saya dimaklumkan dia juga mengalami lebam-lebam dan gatal-gatal hampir di seluruh badan,” katanya.
Susulan itu, bintang filem Pinjamkan Hatiku ini mendapat cuti sakit (MC) selama 10 hari selepas mendapatkan rawatan di hospital.
“Alhamdulillah, keadaan saya semakin beransur pulih selepas mendapat rawatan. Saya juga dah boleh memakai seluar panjang,” katanya.
Biarpun terkilan, bintang filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini mengambil keputusan untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana terikat dengan kontrak.
“Saya shooting di hutan lebih 20 hari, badan saya tak pernah kena jentik dengan nyamuk sekalipun.
“Saya kesal apabila produksi ambil mudah mengenai aspek keselamatan dan kebajikan pelakon,” katanya,.
Malah, selebriti berusia 36 tahun ini juga berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit nanti.
“Isu ini membabitkan soal hidup dan mati golongan artis seperti kami.
“Jika saya tidak mengambil tindakan tegas kecuaian seperti ini boleh menimpa pelakon lain pula nanti,” tegasnya.
The post Farid Kamil cedera ketika penggambaran, MC 10 hari appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Farid Kamil cedera ketika penggambaran, MC 10 hari
Anda sekarang membaca artikel Farid Kamil cedera ketika penggambaran, MC 10 hari dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/farid-kamil-cedera-ketika-penggambaran.html