Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria

Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria
link : Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria

Baca juga


Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria

HASRAT pengacara Fara Fauzana menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria tertunai apabila dia kini berada di wilayah Gaziantep, Turki.

Fara menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Musim Sejuk Syria anjuran Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) yang berlangsung selama 10 hari mulai Isnin lalu hingga 26 Disember ini.

Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohd Fadzil yang juga duta MLLFS berkongsi pengalaman berharga terbabit menerusi akaun Instagram miliknya.

Fara berkata, dia tidak menyangka sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia memberikan ‘kehangatan’ kepada anak-anak pelarian Syria.

“RM1, RM5, RM10, RM100 dan RM1000 atau mungkin lebih! Sedar tak sedar anda telah memberikan kehangatan kepada mereka yang kesejukan di sini.

“Terima kasih atau Syukran! itu sahaja yang keluar dari mulut mereka.

“Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak melakukan apa-apa tapi mohon doakan seluruh sahabat saya yang berada di Malaysia kerana mereka yang merealisasikan misi bantuan ini. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala kepada anda,” tulisnya.

Menurut Fara, sebelum meninggalkan kawasan sekolah terbabit dia ‘ditahan’ oleh anak-anak pelarian Syria.

“Saya kena ‘tahan’ masa nak balik. Masa ini nak balik dari sekolah disediakan oleh kerajaan Turki (bangunan kosong) tapi semua aktiviti, elaun cikgu, barang-barang dalam sekolah semua dibantu oleh anda,” katanya.

Memasuki hari ketiga, Fara bersama kru MLLFS melawat Pusat Anak Yatim Al-Ansar yang menjadi penempatan sementara mangsa perang.

Rombongan terbabit turut melawat 200 keluarga pelarian di kem pelarian Salli Urfa di sempadan Syria-Turki dan menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia.

Antara barangan diagihkan adalah selimut, makanan, bahan bakar dan susu.

Misi itu membawa dana sebanyak RM300,000 yang disumbangkan rakyat Malaysia menerusi kempen #FaFau4Syria.

Turut serta dalam misi itu adalah wakil Pusat Zakat Pulau Pinang.

Sebahagian sumbangan juga diagihkan untuk rakyat Syria yang masih berada di pinggir negara itu seperti di Aleepo dan Idlib.

The post Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria

Sekianlah artikel Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fafau ‘ditawan’ anak pelarian Syria dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/fafau-ditawan-anak-pelarian-syria.html

Subscribe to receive free email updates: