Elak watak cerita cinta

Elak watak cerita cinta - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elak watak cerita cinta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elak watak cerita cinta
link : Elak watak cerita cinta

Baca juga


Elak watak cerita cinta

Pelakon Prisia Nasution, 33, akui dia seorang yang memilih watak sejak dulu. Baginya sebelum berstatus isteri dia memang tidak suka mengambil watak yang kurang mencabar. Apatah lagi watak yang sama dan stereotaip, seboleh-bolehnya dia cuba mengelak.

“Saya sukakan watak yang mencabar. Sejak dulu lagi sebelum menerima sesuatu tawaran berlakon, saya akan melihat dulu watak ditawarkan. Bagi saya kepuasan mendapat watak yang mencabar lebih penting sebelum memikirkan soal bayaran,” katanya.

Menurut isteri kepada pelakon Iedil Putra ini, masih banyak lagi watak yang belum dilakonkan.

“Saya juga ingin mengelak melakonkan watak dalam cerita cinta. Kalau boleh saya tidak mahu berlakon watak dalam cerita cinta bimbang nanti peminat bosan,” katanya.

Berkongsi perkembangan lakonan, Prisia kini aktif berlakon teater selain drama bersiri lakonannya berjudul The Publicist boleh ditonton menerusi saluran media Viu.

Buat masa sekarang, katanya, dia banyak terbabit dengan penggambaran filem dan teater.

“Saya belum berpeluang berlakon dalam sinetron yang panjang. Mungkin disebabkan banyak tawaran yang datang lebih kepada filem.

“Ada beberapa projek filem yang saya akan terbabit pada tahun depan. Buat masa ini, saya sibuk menjalani latihan teater yang turut membabitkan suami,” katanya.

Pernah terbabit dengan filem di Malaysia berjudul Interchange, Prisia berharap dapat peluang berlakon lagi di sini.

“Pengalaman pertama kali berlakon di Malaysia menerusi filem Interchange pastinya membuatkan saya teringin hendak berlakon lagi di sini.

“Seperti suami yang juga aktif berlakon di Jakarta, saya juga berharap dapat aktif berlakon di Kuala Lumpur,” katanya.

The post Elak watak cerita cinta appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Elak watak cerita cinta

Sekianlah artikel Elak watak cerita cinta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elak watak cerita cinta dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/elak-watak-cerita-cinta.html

Subscribe to receive free email updates: