Judul : Ditinggalkan Suami Kerana ‘Tak Tun Tuang’
link : Ditinggalkan Suami Kerana ‘Tak Tun Tuang’
Ditinggalkan Suami Kerana ‘Tak Tun Tuang’
DI SEBALIK karakter lucu, siapa menyangka penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil pernah melalui detik hitam dalam kehidupan.
Menurut Upiak, 32, dia pernah menangis selama tiga hari mengenang nasib diri ditinggalkan suami kerana tiada restu keluarga mertua serta wujudnya orang ketiga.
“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015 kerana tidak keserasian serta keluarga mertua tidak menyukai saya.
“Lebih memilukan, selepas menjalani penggambaran muzik video lagu Tak Tun Tuang, suami menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan wanita lain.
“Keluarga mertua tuduh saya kurang siuman kerana lagu ini dan bermula daripada situ saya berazam membuktikan kepada mereka saya mampu bergelar penyanyi,” katanya.
Upiak ditemui semasa sidang media Upiak Silvia Nanda Tak Tun Tuang bersama MVM Production yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Sementara itu, Upiak atau nama sebenar Silvia Nanda memberitahu dia tidak menolak untuk terus bermastautin di Malaysia.
Bagaimanapun, dia perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum meneruskan kerjaya di negara ini.
“Saya selesa berada di Malaysia dan terasa seperti mahu terus tinggal di sini.
“Tetapi saya perlu fikirkan lagi tentang itu kerana masih ada keluarga yang memerlukan saya di kampung halaman,” katanya.
Bercakap mengenai lagu Tak Tun Tuang, Upiak berkata dia tidak menyangka lagu tersebut tular di Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Malah, dia mengakui terkejut apabila mengetahui lagu tersebut mula popular setelah tiga tahun dirakamkan.
“Saya tidak menyangka lagu ini akan jadi terkenal sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, ini berkat doa saya dan keluarga.
“Sejujurnya, saya teruja berpeluang melebarkan bakat sampai ke negara orang dan secara tak langsung dapat membantu keluarga di kampung,” katanya.
Upiak memulakan karier sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun dan merakamkan album sulung ketika berusia 21 tahun serta kini memiliki 15 buah album.
The post Ditinggalkan Suami Kerana ‘Tak Tun Tuang’ appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ditinggalkan Suami Kerana ‘Tak Tun Tuang’
Anda sekarang membaca artikel Ditinggalkan Suami Kerana ‘Tak Tun Tuang’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/ditinggalkan-suami-kerana-tak-tun-tuang.html