Judul : Den Wahab Dakwa Ditipu, Kerugian Lebih RM50,000
link : Den Wahab Dakwa Ditipu, Kerugian Lebih RM50,000
Den Wahab Dakwa Ditipu, Kerugian Lebih RM50,000
Keseronokan Den Wahab dan pengarah, Aziz M Osman serta keluarga bercuti di Korea Selatan bertukar malang apabila mereka terkandas di negara itu selepas didakwa ditipu individu yang menyamar sebagai wakil agensi pelancongan.
Memetik laporan BH online, Den berkata beliau dan 22 ahli keluarganya serta rombongan di sana menanggung kerugian lebih RM50, 000.
“Saya baharu mengetahui daripada isteri Aziz, Lily Lokman yang turut sama bersama kami ke Korea bahawa rombongan kami ditipu oleh seorang individu, yang menyamar mempunyai agensi pelancongan dan menawarkan pakej pelancongan untuk ke Korea Selatan.
“Kami tiba Ahad lalu dan semuanya lancar sehinggalah hari ini apabila kami diminta untuk mengosongkan bilik penginapan kerana pihak agensi di Korea, Arba Travel & Tours tidak menerima bayaran daripada individu itu,” katanya yang di jangka pulang ke tanah air pada Khamis ini.
Individu itu juga dikatakan telah menipu orang lain sebelum ini, termasuk Datuk Rosyam Nor.
The post Den Wahab Dakwa Ditipu, Kerugian Lebih RM50,000 appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Den Wahab Dakwa Ditipu, Kerugian Lebih RM50,000
Anda sekarang membaca artikel Den Wahab Dakwa Ditipu, Kerugian Lebih RM50,000 dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/den-wahab-dakwa-ditipu-kerugian-lebih.html