Judul : Dari sinar mata Zarinah…
link : Dari sinar mata Zarinah…
Dari sinar mata Zarinah…
“SYUKUR semuanya selesai dan segala yang dirancang berjalan lancar seperti diinginkan,” kata Joey dari kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) mengulas pernikahannya dengan Zarinah Zainal, 51, hari ini.
Dengan sekali lafaz, Joey atau Johari Mat Rozekhi, 54, selamat bergelar suami Zarinah, 51, jam 5.55 petang tadi selepas 22 tahun menduda.
Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Ustaz Mohd. Rasul Abd. Karim.
Joey sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan wanita warga Singapura, Anita Samat pada 1991 dan bercerai 1995.
Mereka dikurniakan kembar lelaki, Danial Iskandar dan Dinnie Dzulqarnaen, 26, dan tinggal dengan bekas isterinya di Singapura.
Zarinah juga pernah berkahwin dan mempunyai empat anak perempuan.
Joey yang popular dengan lagu lagu Dari Sinar Mata, bertemu isterinya ketika menjayakan konsert reunion BPR di sebuah kelab hiburan di Chow Kit, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2006.
Katanya, dari situ mereka berkawan dan mengambil masa untuk mengenalinya.
“Saya juga melalui proses yang sukar untuk mendapatkan dokumen penceraian terdahulu di Singapura. Apapun, saya lega penantian ini berakhir,” katanya kepada Harian Metro.
Turut hadir pada majlis itu ialah rakan-rakan dari Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) seperti Zack Kool, Rena Tan, Rashdan Baba dan penyanyi Izzmad Harun.
The post Dari sinar mata Zarinah… appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Dari sinar mata Zarinah…
Anda sekarang membaca artikel Dari sinar mata Zarinah… dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/dari-sinar-mata-zarinah.html