Judul : Babi paling hodoh di dunia berjaya dirakam
link : Babi paling hodoh di dunia berjaya dirakam
Babi paling hodoh di dunia berjaya dirakam
Saintis berjaya memperoleh rakaman terkini babi hutan yang didakwa telah pupus akibat aktiviti memburu dan kehilangan habitat.
BBC mengatakan babi hutan jenis Javan (Jawa) Warty berkenaan mungkin masih hidup dalam jumlah yang sangat sedikit di hutan-hutan di Sumatera, Indonesia.
Rakaman tersebut diperoleh oleh pasukan penyelidik yang diketuai Dr Johanna Rode-Margono dari zoo Chester di Britain.
Kata Dr Johanna, beliau dan pasukannya teruja kerana tidak menyangka mamalia berkenaan masih wujud dan tidak pupus.
“Kami betul-betul risau jika semuanya telah pupus,” kata Dr Johanna kepada BBC.
Katanya, babi Javan Warty dihimpit aktiviti pembalakan berleluasa dan pembangunan moden, selain diburu secara terus oleh manusia.
Spesis Javan Warty pula dianggap sememangnya dianggap seperti ‘sampah’ dan dibunuh secara suka-suka, sama seperti babi hutan di Eropah.
“Jika kita boleh reka satu pelan pemeliharaan dan pemuliharaan, mungkin kita elak kepupusan mereka. Pada saya, mereka tak hodoh. Mereka cantik,” kata Dr Johanna.
The post Babi paling hodoh di dunia berjaya dirakam appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Babi paling hodoh di dunia berjaya dirakam
Anda sekarang membaca artikel Babi paling hodoh di dunia berjaya dirakam dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/babi-paling-hodoh-di-dunia-berjaya.html