Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir

Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir
link : Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir

Baca juga


Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir

SEDUTAN single terbarunya berjudul, Jutaan Purnama yang dimainkan menerusi drama rantaian, Red Velvet baru-baru ini nyata memberi impak tersendiri buat penyanyinya, Datin Alyah.

Akui bintang asal Gelang Patah, Johor ini kepada Sinar Harian, dia menyambut baik reaksi positif  apabila single tersebut turut dipilih sebagai latar lagu untuk drama lakonan Neelofa dan Alif Satar itu.

“Alhamdulillah, saya ada terima komen dan mesej daripada peminat di media sosial bertanyakan mengenai lagu tersebut. Meski Jutaan Purnama belum pun dilancarkan secara rasminya, namun bila ramai yang suka dan bertanya, ia secara tidak langsung membuatkan saya lebih bersemangat dan teruja.

“Ya, sekarang saya masih dalam rangka promosi untuk single duet bersama Farawahida, Mengapa Harus Aku. Itu antara sebab mengapa saya perlu lancarkan single solo saya pada suatu tarikh lain. Tunggu masa sesuai,” katanya.

Ditanya sama ada adakah lagu tersebut bakal memberi signal baik buat kerjaya seninya tahun hadapan, isteri kepada maestro muzik Malaysia, Ramli MS itu  tidak mahu berjanji atau mengharapkan apa-apa. Bagi Alyah, sudah memadai andai karyanya diterima baik peminat.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, tapi bila ramai yang beri maklum balas baik terhadap Jutaan Purnama, itu secara langsung buatkan saya lebih bersemangat untuk terus beri yang terbaik.

“Tambahan pula lagu tersebut projek sulung untuk tahun depan. Jadi pastinya saya harapkan yang terbaik.

“Lebih sentimental, saya berniat untuk lancarkan lagu itu pada Januari tahun depan, sama dengan ulang tahun kelahiran, insya-ALLAH,” harap Alyah yang turut bayangkan dia bakal terbang ke luar negara bagi menjayakan muzik videonya.

Kongsi Alyah, meski perancangan penggambaran muzik video di luar negara itu ada, bagaimanapun dia terpaksa memikirkan beberapa komitmen lain sebelum niat tersebut direalisasi.

“Bila rancang untuk buat muzik video, apatah lagi lokasinya di luar negara, tentu itu melibatkan kos agak besar. Lokasi dah ada, tinggal lagi saya perlu berkira-kira sebab kalau buat sesuatu, biarlah capai standard yang kita harapkan.

“Apa pun, saya berbesar hati dan alu-alukan jika ada pihak yang mahu bekerjasama untuk projek istimewa ini,” akhiri Alyah optmis.

The post Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir

Sekianlah artikel Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alyah mahu lancar single baru sempena hari lahir dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/alyah-mahu-lancar-single-baru-sempena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :