Judul : Aktres Porno Bunuh Diri Selepas ‘Dibuli’ Netizen
link : Aktres Porno Bunuh Diri Selepas ‘Dibuli’ Netizen
Aktres Porno Bunuh Diri Selepas ‘Dibuli’ Netizen
Tidak tahan dengan kecaman sekaligus menjadi mangsa buli netizen menerusi media sosial, bintang porno berasal dari Kanada, August Ames bertindak membunuh diri di Camarillo, California, baru-baru ini.
Laporan media antarabangsa menyebut, wanita berusia 23 tahun ini dikritik netizen gara-gara tweetnya, yang menolak untuk tampil bersama lelaki gay.
Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya mentempelak August malah ada yang mendakwa dia homophobic dan mendesaknya agar melakukan permohonan maaf.
Bagaimanapun dia tetap mempertahankan diri dan enggan memenuhi tuntutan netizen itu.
Sementara itu, suami August, pengarah Kevin Moore menyifatkan isterinya adalah wanita terbaik yang pernah dikenalinya.
“Dia adalah orang yang paling baik yang pernah saya kenal dan dia memang lahir di dunia ini untuk saya.
“Tolong anggap ini sebagai hal privasi keluarga dan kami sedang melalui masa yang sukar ini,” katanya.
Lahir dan dibesarkan dalam keluarga tentera, August mula menceburi bidang lakonan filem porno sejak tiga tahun lalu.
Dia pernah memenangi dua anugerah Video Porno (Adult Video News (AVN) dan anugerah Pendatang Baru Paling Comel 2015.
Punca kematian August masih dalam siasatan bagaimanapun penguatkuasa undang-undang mengatakan tidak ada tanda-tanda hasad dengki.
The post Aktres Porno Bunuh Diri Selepas ‘Dibuli’ Netizen appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Aktres Porno Bunuh Diri Selepas ‘Dibuli’ Netizen
Anda sekarang membaca artikel Aktres Porno Bunuh Diri Selepas ‘Dibuli’ Netizen dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/aktres-porno-bunuh-diri-selepas-dibuli.html