17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017

17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017 - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017
link : 17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017

Baca juga


17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017

Tahun 2017, menotakan pelbagai kisah suka duka – tentang perkahwinan, hubungan cinta, berita bakal menimang cahaya mata serta kejayaan juga prestasi cemerlang yang dikecapi artis-artis tanah air yang menjadi bualan ramai. Antaranya,

1. Pengaruh Neelofa

..

Aktres, pengacara juga ahli perniagaan, Noor Neelofa, 28, menjadi artis yang merah prestasi cemerlang dan rekod kejayaan tersendiri baik dalam bidang seni mahupun perniagaan. Dia mendahulu selebriti lain di Malaysia sebagai artis paling ramai pengikut di Instagram iaitu sebanyak 5.3 juta pengikut.

Di bidang perniagaan pula, reputasi pemilik jenama tudung Naelofa Hijab ini diiktiraf oleh Forbes Asia sebagai usahawan muda peringkat global. Selain diberi kepercayaan sebagai anggota panel bagi Program Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), September lalu.

Pada awal Disember lalu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd (AirAsia).

Selain itu, nama Neelofa juga tidak terlepas dari gosip cinta. Terbaharu, timbul spekulasi hubungannya dengan anak seorang kenamaan selepas gambar mereka tersebar di media sosial. Bagaimanapun Neelofa mengambil pendekatan tidak mengulas lanjut dengan gosip tersebut.

“Maaf buat sementara waktu ini, saya tidak boleh berkongsi sama ada saya sudah menemui pengganti atau sebaliknya,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

2. 11 Tahun Penantian Siti Nurhaliza Berakhir

..

Pada 13 Oktober lalu, penyanyi nombir satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira dengan seluruh peminat mengumumkan beliau hamil empat bulan.

“Alhamdulillah saya dan suami tak pernah putus berusaha untuk memiliki cahaya mata, termasuk melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat rawatan swasta.

“Pada usia 38 tahun dan ulang tahun ke-11 perkahwinan, Tuhan makbulkan impian untuk bergelar ibu tidak lama lagi. Fokus saya sekarang semua hal membabitkan anak dan tidak ambil sebarang kerja atau aktiviti,” katanya melalui siaran langsung Instagram Live miliknya, @ctdk dan YouTube Siti Official.

Penyanyi kesayangan ramai ini dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada Mac tahun depan. Khabarnya Siti juga sudah mencipta sebuah lagu istimewa untuk zuriatnya itu.

3. Shuib-Siti Sarah Bersanding

..

Kejutan romantis pelawak Shuib untuk Siti Sarah sempena sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6 mendapat pujian ramai. Lebih manis, pasangan ini meraikan sambutan ulangtahun tersebut dengan persandingan pada 26 Februari lalu. Berseri-seri wajah suami isteri ini bak pengantin baharu.

Bukan itu saja, Shuib juga menghadiahkan sebentuk cincin bertatah berlian yang direkanya sendiri sebagai tanda menggantikan cincin perkahwinan lama yang diberi kepada Sarah enam tahun lalu. Pasangan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

4. Lisa Bela Nasib Kanak-kanak Terbiar

..

Lisa Surihani Lisa kini memikul tanggujawab sebagai duta terbaru Dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (UNICEF) Malaysia. Ibu dua cahaya mata mata ini berkata, dia berasa begitu berbesar hati apabila pihak UNICEF Malaysia menawarkan peluang itu kepadanya apatah lagi dia sendiri seorang yang sukakan kanak- kanak.

“Ini merupakan antara impian saya sejak dulu untuk sama-sama turut serta secara sukelarela membela nasib kanak-kanak terbiar”, katanya.

5. Raihan Kekal Dalam Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh

..

Kumpulan nasyid terkenal, Raihan, tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi tahun kesembilan berturut-turut. Pengiktirafan itu dicapai hasil kajian dilakukan Universiti Georgetown, Washington, Amerika Syarikat dan dikeluarkan dalam The Muslim 500: The World’s Most Influential Muslims bagi seluruh umat Islam, merangkumi pelbagai bidang sepanjang 2016.

Seterusnya, berita pernikahan selebriti sememangnya menarik perhatian sekaligus menjadi topik perbualan hangat masyarakat. Tak kisahlah sama ada mereka memilih berkahwin secara privasi atau diberikan liputan, apa yang penting semoga jodoh mereka kekal hingga ke Jannah.

1. Mia & Tarmizi

..

Pelakon drama Hati Perempuan ini selamat bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan sekali lafaz pada 13 Januari. Pasangan sama cantik sama padan ini mengadakan tiga majlis resepsi iaitu di kamung halaman Mia, di Taiping Perak. Satu lagi di kampung Izham di Terengganu. Namun mereka terpaksa membatalkan resepsi ke tiga yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur kerana kesibukan jadual Izham.

2. Jep Sepahtu & Sari Yanti

..

Hubungan yang dikatakan bermula di media sosial akhirnya ke jinjang pelamin. Pasangan ini melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada 25 Februari lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua Sari selepas bercerai dengan bekas suami pada 11 Disember 2014. Aktres cun melecun ini ini mempunyai dua cahaya mata Barr Al Aly dan Basit Al-Haq.

3. Sharnaaz & Nabila

..

Aktor Sharnaaz Ahmad menikahi kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, pada 31 Mac lalu. Pasangan ini memilih berbulan madu di Itali. Terdahulu, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2013, namun berpisah pada 2014.

4. Nora & Nedim

..

Majlis perkahwinan Nora dan Nedim antara majlis yang dinanti-nanti dan menjadi bualan hangat netizen. Pasangan ini diijabkabulkan pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun menyulam cinta. Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi pasangan ini. Mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

5. Bella & Engku Emran

..

Majlis perkahwinan aktres poplar Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan ahli perniagaan Engku Emran secara tertutup yang diadakan di Binjai 8, KLCC, pada 8 Sepetember lalu bukan saja mendapat perhatian netizen Malaysia malah para peminat Indonesia. Pasangan ini turut mengadakan majlis resepsi di Jakarta pada 8 Oktober lalu.

6. Yuna & Adam

..

Yuna mengikat tali pertunangan dan adik bongsu Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair pada 5 Ogos lalu. Pasangan ini mula berkenalan dan menjalinkan hubungan rapat sejak empat tahun lalu.

7. Fasha – Jejai Berdamai

..

Perselisihan faham berhubung dua kes mahkamah antara pelakon, Fasha Sandha dan bekas suami selesai selepas mereka mengambil tindakan untuk berdamai. Fasha menarik semula perintah injuksi yang difailkan pada Mac terhadap Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, 41, kerana didakwa masih mengganggunya.

Jejai pula menarik semula kes komital berhubung hak lawatan anak dan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya kepada umum berkaitan hal keluarganya.

Pasangan yang bercerai pada 20 Januari 2016 itu dikurniakan dua anak Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma, 2 tahun.

Ketika ada yang sedang menikmati kegembiraan, ada juga yang berduka kerana terpaksa menerima nasib rumah tangga yang runtuh, kehilangan orang tersayang serta berdepan dengan dugaan hidup.

1. Elyana Umum Hidap Kanser

..

Tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminatnya, akhirnya penyanyi Elyana mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat. Penyanyi menghidap kanser tahap kedua sejurus selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.

Kata Elyana, walaupun sakit namun dia bersyukur kerana masih boleh bekerja dan menjalani kehidupan bahagia di samping keluarga. Semoga semuanya dipermudahkan dan Elyana tidak putus asa untuk terus menjalani rawatan.

2. Erma Fatima & Bade Hj Azmi

..

Hubungan rumah tangga pasangan pengarah terkenal, Bade Hj. Azmi dan Erma Fatimah berakhir selepas 26 tahun apabila mereka mengambil keputusan bercerai pada 17 Ogos lalu. Mereka mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

3 Serina Redzuawan & Gavin Edward O’Luanaigh

..

Ikatan perkahwinan pelakon Serina Redzuawan, 34, dengan Gavin Edward O’luanaigh sejak 1 Januari 2010 terlerai selepas lelaki warga Britian itu melafazkan cerai dengan talak satu terhadap anak tukar masak tersohor, Datuk Chef Wan itu pada 1 Ogos lalu. M cahaya mereka iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 6 dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5 tahun.

4. Ezlynn – Adam

..

Konflik yang melanda rumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn dan suami Adam Fahmy berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu pada 23 Oktober lalu. Sepanjang hidp bersama selama enam tahun pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

5. Jins Samsuddin Meninggal Dunia

..

Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, pada 1 MAC Lalu. Pada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap.

Allahyarham mempunyai tiga orang anak iaitu Jefri (hasil perkahwinan dengan isteri pertama, seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat) serta Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim (hasil perkahwinan dengan Puan Sri Halijah Abdullah)

The post 17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017 appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017

Sekianlah artikel 17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 17 Momen Yang Manis, Yang Pahit di Tahun 2017 dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/17-momen-yang-manis-yang-pahit-di-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :