Wayang kulit kanak-kanak

Wayang kulit kanak-kanak - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wayang kulit kanak-kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wayang kulit kanak-kanak
link : Wayang kulit kanak-kanak

Baca juga


Wayang kulit kanak-kanak

Pusat Seni Pentas Tradisional ASWARA (PuTRA) baru-baru ini membawakan persembahan wayang kulit Kelantan yang berlangsung di Blackbox Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Menariknya, kumpulan ini diterajui kanak-kanak sekali gus menjadikan persembahannya sangat berbeza dan mendapat tumpuan ramai peminat seni tradisional.

Peluang ini diberikan bersempena program Gema Seni Tradisional yang dianjurkan oleh PuTRA sejak 2015.

Wayang kulit Kelantan ini menampilkan Kamarul Baihaqi Kamarul Baisah yang berusia tujuh tahun sebagai tok dalang.

Biarpun ini penampilan sulungnya di pentas besar, tidak nampak langsung dia kekok untuk menjalankan tugasnya menceritakan kisah penuh daripada Hikayat Rawana.

Pergerakan tangannya menggerakkan boneka wayang kulit sama lincah dengan mulutnya yang lancar menuturkan kisah diperdengarkan.

Penonton seakan-akan terbuai dengan cerita yang dibawakannya. Lebih daripada itu, persembahan Baihaqi turut diringi kumpulan pemuzik yang juga terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia tujuh hingga 15 tahun.

Selama satu jam peminat tidak berganjak menyaksikan persembahan ini sehingga akhir. Yang nyata, gabungan mereka mencipta sejarah buat kesenian wayang kulit tanah air dan pastinya menjanjikan harapan positif dalam usaha melestarikan kesenian ini.

Ketua Program PuTRA Kamarulzaman Taib atau lebih dikenali sebagai Che Kem berkata, Baihaqi wajar dipuji kerana menunjukkan skil yang tinggi sebagai dalang pada usianya.

“Etika dan disiplinnya tinggi, tiada ‘gesture’ atau percakapan di luar persembahan. Baihaqi seperti mengubah dirinya dalam semangat wayang.

“Apabila khalayak tak berganjak dari panggung, ia bukti wayang kulit budak mampu menyampaikan cerita dengan baik dan memberi kesan kekaguman daripada segi penyampaian dan permainan muzik,” katanya.

Menurutnya lagi, dia cuba merisik resipi yang digunakan bapa Baihaqi ketika mengajar anaknya dan diberitahu elemen kesabaran sangat penting ketika mendidik.

“Ia perlu dalam membimbing kerana sifat semula jadi kanak kanak yang mempunyai daya tumpu yang singkat.

“Latihan berterusan tak kira waktu terpaksa dibuat mengikut kesediaan Baihaqi dalam menghadam cerita dan lagu. Proses menguasai cerita dilakukan secara lisan bukan bertulis. Ini adalah kaedah tradisional dalam berguru,” katanya.

The post Wayang kulit kanak-kanak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wayang kulit kanak-kanak

Sekianlah artikel Wayang kulit kanak-kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wayang kulit kanak-kanak dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/wayang-kulit-kanak-kanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :