Judul : Tiga karya dalam satu cerita
link : Tiga karya dalam satu cerita
Tiga karya dalam satu cerita
Sokongan Yayasan Sime Darby terhadap Five Arts Centre membawa kepada pementasan tiga karya baru dalam satu cerita.
Judul Tiga Dalam Kepompong dipilih untuk teater arahan Syafiq Syazim yang dipentaskan di Five Arts Centre, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur bermula semalam hingga Ahad ini.
Tiga Dalam Kepompong mengumpulkan tiga karya baru apabila setiap satunya mempunyai mesej dan jalan cerita tersendiri yang unik.
Tiga karya ini iaitu Beautiful Flowers, Kenapa Tak Tukar Nama dan Peon mengetengahkan isu penderaan kanak-kanak, tekanan perasaan dan bunuh diri.
Beautiful Flowers hasil karya Anjali Nijjar Venugopal menampilkan pelakon Alya Farhanah, Kween Keela Kamarudin dan Megat Adli.
Peon pula menampilkan pelakon Alif Azeman, Hazmi Faiz, Nik Aqil, manakala, Kenapa Tak Tukar Nama? dilakonkan sepenuhnya oleh Yiky Chew.
Syafiq berkata, Tiga Dalam Kepompong adalah satu inisiatif bagi menyokong karyawan muda untuk bereksperimentasi, bereksplorasi dan menghasilkan karya baru.
“Ia dipersembahkan kepada penonton selama 70 minit oleh karyawan muda tempatan yang terdiri pelbagai latar belakang.
“Mengarah tiga persembahan sekali gus adalah cabaran besar bagi saya yang juga seorang karyawan muda,” katanya.
Menurutnya, cabaran kedua yang perlu dilaluinya pula ialah bekerjasama dengan karyawan yang yang berbeza latar belakang dan bangsa.
“Sebagai pengarah, saya perlu bertindak sebagai ketua untuk membimbing dan memastikan matlamat produksi itu sampai. Komunikasi antara satu sama lain amat penting.
“Yang menariknya kami berkomunikasi menggunakan pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan kadang-kadang bahasa Cina yang mudah. Ini sekali gus memberi satu pengalaman yang menarik di samping kita dapat mempelajari bahasa lain yang ada di Malaysia khususnya,” katanya.
Tiket untuk menonton berkonsepkan sumbangan derma berharga RM20 boleh dibeli di lokasi pementasan.
Keterangan lanjut boleh didapati menerusi Facebook Five Arts Centre.
The post Tiga karya dalam satu cerita appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tiga karya dalam satu cerita
Anda sekarang membaca artikel Tiga karya dalam satu cerita dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/tiga-karya-dalam-satu-cerita.html