Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam

Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam
link : Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam

Baca juga


Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam

Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam

Bagi peminat cerita superhero, korang mesti excited sebab Justice League baru je keluar kat cinema!

Filem superhero sekarang memang dah lama meletup kat seluruh dunia, dan negara kita tak terkecuali. Tengok je senarai lima filem yang meraih pendapat tertinggi kat Malaysia tahun lepas, tiga daripadanya adalah filem superhero.

Asal-usul Cyclops. Imej dari HXSM.

Tapi bagi yang malas nak pergi cinema, jangan risau sebab member kami kat Astro Best ada siarkan movie blockbuster dengan hanya RM10.60 je. Dah lah lagi murah daripada tiket wayang, korang siap boleh pause bila-bila masa kalau nak pergi kencing ke, nak berhenti solat ke, ataupun nak keluar kejap main futsal.

Bila tengok cerita macam Justice League dan Wonder Woman ni kami tertanya… boleh ke superpower atau skill luar biasa dorang ni membantu rakyat Malaysia? Jadi Astro Best nak bagi hadiah kepada pembaca-pembaca SOSCILI yang bertuah, kami pun tanya… skill luar biasa apa yang dorang paling idam-idamkan? Dan ini apa yang kami dapat… 

1. Skill bagi orang yang kurang sabar

Korang pernah tak tunggu KTM, bas atau teksi selama 20 minit, tapi bila 20 minit kat jam tu habis, tiba-tiba tambah lagi delay 20 minit? Pasti rasa marah membuak-buak di dalam dada, dan rasa lapar membuak-buak di dalam perut.

Tapi bagi brader kat bawah ni, bukan kata 20 minit, 2 minit pun merupakan satu penyeksaan:

“Kalau aku ada superpower, aku teringin  sangat utk mempercepatkan masa… daripada menanti dua minit menjadi kepada 0.003 saat maggi sedia untuk dimakan…. kerana penantian dua minit tu terlalu lama bagi diriku… kerana diriku begitu berharga….”-Uda.

Benarlah bak kata pepatah, masa itu emas. Dan bagi brader ni, masa itu… mee maggi yang lebih cepat dimasak dan lebih sedap dimakan.

2. Skill untuk mengelakkan cukai

Kami tak sure skill ni luar biasa ke tak, sebab sebelum ni memang dah banyak kes individu dituduh mengelakkan cukai. Tapi oleh kerana brader ni memang jujur, kami masukkan sekali skill ni dalam artikel:

“Tax evasion. As I grow older, I’ve become wiser and practical. Flying and laser stuffs won’t pay the bills.”-Abdul Muin.

Cuma nak bagitau, kalau korang didapati bersalah dalam mengelakkan cukai, korang boleh kena hukuman denda minimum RM2000 hingga RM20000, atau penjara, atau kedua-duanya sekali. Jadi ini bukan je skill luar biasa, malah skill di luar batasan undang-undang.

3. Skill tiga, empat, dan lima kerja

Dalam keadaan ekonomi yang semakin getir, anak muda kena siap-sedia dengan pelbagai kemahiran. Mungkin sebab itulah brader ni nak jadi superhero paling terkenal di seluruh dunia, iaitu Superman. Ini kerana Superman ada macam-macam power, memang sesuai untuk rakyat Malaysia yang sedang menuju ke arah #3kerja.

“Jadi superman lengkap rasanya, jimat beli gas masak, panas or masak pakai laser kat mata je… Bil api jimat kalo panas tiup je bilik jadi macam kutub utara.”- Shahrul Hadi.

Selain tu, nampaknya brader ni ada perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan:

“Jimat minyak sebab boleh lari laju, pegi keje pun awal tak lambat sebab lari laju tu pun sempat balik umah before 7 nak tengok drama 3 suku kul 7 .. :P” – Shahrul Hadi.

4. Skill untuk orang yang berhati tisu

Dalam banyak-banyak benda yang boleh berlaku kat korang, benda paling horror adalah… bila dah lega buang air besar kat tandas awam, TIBA-TIBA TAKDE TISU TANDAS. Lagi teruk bila tandas tu takde paip air pun.

Dah tu nak buat macam mana? Nak mintak tolong jiran tandas sebelah, segan. Nak order tisu secara delivery, mahal. Jadi inilah skill luar biasa yang brader ni mintak:

“I mau super power yang membolehkan tisu paper muncul sentiasa masa. Ia kerana, mana-mana tandas I pergi, pun selalu habis tisu. Alamak, macam mana nak guna ni? Hari-hari tahan guna tandas :(” – Geo Lee.

Genius. Kami bagi satu like. Tapi bukan tujuan tu je yang dia nak guna…

“Juga, jika ada perompak kat rumah I, saya boleh pakai tisu-tisu tu dan pretend jadi pontianak kaka dan halau mereka.”Geo Lee.

Yang satu lagi ni kami tak berapa sure, sebab ianya agak membazir sekaligus menggalakkan pembalakan yang sekarang ni memang dah berleluasa kat Malaysia. Kami cadangkan penggunaan alatan yang lebih praktikal seperti kayu hoki, sistem penggera keselamatan, ataupun tinggal di Changlun, Kedah.

5. Skill untuk menjadi… The Flush!

Mula-mula kami ingat kami silap baca. Tapi memang dia ni nak jadi The Flush, bukan The Flash! Dah kenapa?

“Saya nak ada kuasa The Flush. Jadi saya boleh flush semua tandas kat dunia walau tandas tu takde flush.”- Bahruddin.

Mungkin dia nak gunakan skill ni untuk keamanan sejagat – dengan flush semua tandas di seluruh dunia sekaligus. Sememangnya anak watan yang suka bantu orang lain, macam dua brader kat bawah ni jugak:

Bos :"okay semua. esok mesti pakai kostum yang comel and cantik. Kita bagi surprised dekat customer tauuu!!"esoknya..

Posted by Himpunan Cerita Lawak on Monday, 30 October 2017

6. Skill untuk kawal minda lecturer

Korang mesti kenal dengan Professor X daripada X-Men kan. Power dia memang sempoi sebab boleh masuk dalam kepala otak orang lain dan kawal perlakuan dorang. Malah siap boleh bercakap terus ke dalam minda, senang la bagi sesiapa yang nak buat long distance call tapi tak cukup kredit telefon.

Tapi bagi brader ni, kalaupun dapat kuasa Professor X, keperluan dia sangatlah spesifik:

“Telepathy and mind powers. Nanti boleh ubah due date dalam minda pensyarah… bye😌”- Asyraff.

Daripada pengalaman kami, tak kiralah berapa lambat pun due date tu ditukar, takde beza pun sebab kami akan start buat assignment last minute jugak.

7. Skill travel sekelip mata (untuk yang mabuk kereta atau mabuk flight)

Memang tak pelik kalau ramai nak kuasa untuk teleport. Senang pergi kerja walaupun bangun lambat. Senang balik kampung walaupun kat Kelantan. Tapi bagi brader ni, sebab utama dia nak ada skill pergerakan sejenak macam Son Goku adalah…

“…boleh tengok bola kat mana-mana stadium tanpa perlu beratur nak beli tiket. Tau-tau je dah ader kat tempat penonton. Kita perlu bawak kuaci dan pakai jersi pasukan yang kita nak tengok.”- Alif.

Asalkan tak silap teleport ke pasukan lawan sudah la. Kena balun fan JDT nanti.

“…(dan) pergi travel mana-mana tempat tanpa menaiki flight secara percuma. Lagi satu tak payah nak melalui pemeriksaan imigresen sebab risau risiko kena halang ke luar negara (tak bayar duit PTPN). Contohnya, agak nak cuci mata kat laut, boleh pergi kat pantai Copacabana dekat Brazil tu.”- Alif.

Kalau kami boleh bagi nasihat, selesaikanlah PTPN tu. Sekarang ni kita boleh keluarkan wang KWSP lagi untuk setelkan mana-mana student loan. Bila hutang dah selesai barulah boleh berbelanja tanpa rasa bersalah di Copacabana.

8. Skill untuk jadi seorang yang penyabar

Yang ni kami takde komen. Hanya mampu insaf dan mengalir air mata sulung di pipi.

“Kuasa yang luar biasa yang patut ada pada semua orang pada zaman ini adalah kuasa SABAR serta kuasa BERSYUKUR dengan apa yang ada pada diri sendiri…

InsyaAllah akan sentiasa terasa aman sepanjang hayat…peace -_-v”- Sufie.

9. Skill untuk menyembuhkan orang, tapi… bukan semua orang?

Hah yang ni unik sikit. Dia nak kuasa untuk menyembuhkan kanser supaya boleh dapat banyak duit dan juga tolong pesakit. Tapi dia tak nak power dia hebat sangat… kenapa agaknya?

“Kalau ada kuasa boleh heal semua penyakit nanti persatuan doktor malaysia upah hitman tembak saya. Jadik ada kuasa luar biasa sikit-sikit jadi la.”- Ashaari.

Kalau kena tembak heal la diri sendiri, ye tak? Kalau kena kat kepala memang tak boleh tolong la, ajal maut di tangan Tuhan~~

10. Skill hipnosis untuk humban pemakan dedak masuk dalam laut

Dalam banyak-banyak skill luar biasa kat artikel ni, dia sorang je yang pilih skill yang tak mementingkan diri sendiri.

“Kalau ada superpower hipnosis, saya mahu pukau semua manusia yang terima rasuah, makan duit orang miskin dan anak yatim pergi bersih laut, sungai yang kotor akibat perbuatan korup mereka.

“Satu lagi bagi mereka semua ni hirup guna-paru paru mereka ni tapis semua udara yang tercemar ni!!” – Ashraf.

Amboi, marah betul dia.

So, skill luar biasa apa yang paling berguna untuk korang?

Jadi, skill apa yang korang nak? Kalau nak inspirasi lagi, jom kita tengok filem-filem kat Astro First dan Astro Best. Bukan tu je, bila korang beli kombo-kombo filem di Astro First and Astro Best, korang boleh diskaun eksklusif sebanyak 40% untuk piza-piza besar Domino’s! Jadi cepat ajak member sanak sedara semua, satu kampung pun boleh.

Antara kombo filem-filem kat Astro First dan Astro Best yang korang boleh dapat diskaun adalah kombo Abang Long Fadil dan kombo Planet of the Apes.

Klik sini untuk tengok offer yang ada kat Astro Best.

So kalau korang boleh ada skill luar biasa paling kreatif, apa yang korang nak buat?

Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam

Sekianlah artikel Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skill yang berguna untuk pengguna tandas awam dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/skill-yang-berguna-untuk-pengguna.html

Subscribe to receive free email updates: