Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017

Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017 - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017
link : Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017

Baca juga


Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017

Agak sukar untuk menyaksikan dua legenda muzik tanah air, Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir berkongsi pentas yang sama di acara terbuka.

Sebelum ini, mereka hanya bergabung menerusi persembahan berbayar seperti dalam konsert Universiti Tour tahun lalu.

Satu peluang keemasan buat warga kota dan penduduk Petaling Jaya khususnya apabila kedua-dua mereka ditampilkan dalam konsert khas sempena PJ Fair 2017 yang akan berlangsung Sabtu ini di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, jam 8.30 malam.

Selain mereka, program bertemakan Folklore Festival (Festival Kesenian Budaya) yang akan berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad ini turut menampilkan persembahan daripada Ameng Spring, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Mr 5K dan Annabelle serta Faizal Ismail sebagai pengacara.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Haniza Abdul Hamid berkata, program tahunan itu kini memasuki edisi kelima dan objektifnya mahu menyatukan masyarakat majmuk di negara kita.

“Kami mahu menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama mewarnai program yang sememangnya meriah ini.

“Salah satu strategi terbaik menghimpunkan mereka ialah dengan menganjurkan konsert membabitkan artis popular dan inilah yang kami lakukan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya melakukan tinjauan umum dan mendapati masyarakat memilih untuk mendengar muzik daripada pelbagai genre.

“Ramli Sarip dan M Nasir diminati oleh golongan berusia dan juga muda, manakala artis lain juga mempunyai lagu popular dan kelompok peminat sendiri.

“Kami percaya dengan barisan artis pelbagai genre dan peringkat umur yang ditampilkan, peminat pasti teruja untuk hadir menyaksikannya nanti,” katanya.

Bukan sahaja konsert, Festival Folklore PJ Fair yang akan dibuka bermula jam 9 pagi Sabtu ini turut menampilkan pelbagai acara menarik antaranya aktiviti pasar lambak, tarian urban, zumba, memancing dan berenang percuma, pertandingan bola jaring dan papan luncur serta gerai pameran.

“Kami menyeru agar semua golongan masyarakat menyertai acara yang diadakan. Penyanyi Aiman Tino juga akan mengambil bahagian dalam program Smart Ride PJ pada Ahad jam 10 pagi.

“Buat pertama kalinya, lokasi ini diubah di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya bagi menggantikan lokasi penganjuran sebelum ini iaitu di Pusat Bandar, Seksyen 52, Petaling Jaya,” katanya.

Menurutnya, Festival Folklore PJ Fair diadakan berdasarkan aspirasi penduduk Petaling Jaya yang mengharapkan suasana kehidupan masyarakat yang lebih sihat, harmoni, sejahtera dan berbudaya.

The post Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017 appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017

Sekianlah artikel Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramli Sarip, M Nasir gegar PJ Fair 2017 dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/ramli-sarip-m-nasir-gegar-pj-fair-2017.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :