Judul : Persembahan 3 band otai
link : Persembahan 3 band otai
Persembahan 3 band otai
Biarpun pelbagai genre muzik mendominasi dunia nyanyian hari ini, irama rock masih unggul dan diminati ramai.
Rock menjadi pujaan anak muda di negara ini pada era 80-an dan 90-an dengan kemunculan banyak band rock yang mewarnai dunia seni hiburan ketika itu.
Kumpulan Febians, Orion dan Klutz antara nama yang cukup popular malah lagu mereka menjadi siulan ramai.
Sebagai usaha untuk mengembalikan semula kehangatan irama muzik rock, Rashid & SL Empire Enterprise julung kali menggabungkan tiga kumpulan itu dalam konsert Live & Loud di Blackbox Mall Of Medini Iskandar Puteri, Johor Bahru hari ini.
Menurut penganjurnya, Rasheed Hassan pemilihan tiga otai rock Malaysia itu dibuat berdasarkan pengalaman, pencapaian dan warna muzik yang dipersembahkan sepanjang pembabitan dalam arena seni.
“Persembahan ini sebagai satu cara kami mengumpul kumpulan rock yang masih aktif. Lagipun, ketiga-tiga kumpulan ini memperjuangkan muzik yang berbeza dan cukup dikagumi.
“Kami percaya penonton yang hadir akan mengimbau kembali setiap nostalgia menerusi lagu yang bakal dipersembahkan. Kami juga sangat teruja apabila penjualan tiket konsert ini begitu memberangsangkan dan ia masih dibuka,” katanya.
Kata Rasheed, konsert yang akan bermula jam 8.30 malam itu bakal menyaksikan lebih 20 lagu dipersembahkan.
“Kumpulan Klutz akan membuka tirai konsert ini. Kumpulan ini dicalonkan dalam tiga kategori pada Anugerah Planet Muzik 2017 baru-baru ini. Kumpulan ini terkenal dengan lagu Bianglala dan Sambar.
“Seterusnya, konsert ini akan menyaksikan kumpulan Febians yang masyhur dengan seleksi lagu Demi Cinta Ini, Rumie dan Julie serta single terbaharu mereka iaitu Untuk Apa Lagi.
“Lebih mengujakan, Orion yang cukup popular dengan jolokan muzik speed metal dari Kuala Lumpur ini buat julung kali membuat persembahan di Johor Bahru dan akan mendendangkan lagu daripada album Voyage to the Promised Land,” katanya.
Sebelum konsert terbabit bermula peminat yang hadir boleh beramah mesra dengan tiga kumpulan ini dalam acara Meet & Greet bermula jam 4 hingga 6 petang.
Tiket dijual dengan harga RM40 boleh didapati di MAP, Mall of Medini pada hari konsert.
The post Persembahan 3 band otai appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Persembahan 3 band otai
Anda sekarang membaca artikel Persembahan 3 band otai dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/persembahan-3-band-otai.html