Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat

Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat
link : Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat

Baca juga


Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat

Gara-gara terkejut selepas bertembung dengan seorang penduduk, dua lelaki bertindak meninggalkan mayat yang dibungkus dengan selimut di tepi Jalan Kasban, Meru, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, penduduk yang juga saksi berusia 20 an itu memaklumkan dia ternampak dua lelaki mengheret sesuatu untuk dibawa naik ke motosikal ketika melalui jalan berkenaan.

“Sebaik menyedari kehadiran saksi, suspek bertindak mengeluarkan parang menyebabkan saksi melarikan diri ke Balai Polis Meru untuk memaklumkan kejadian itu.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan menemui mayat seorang lelaki dibungkus selimut berada di tepi jalan tersebut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya suspek bertindak meninggalkan mayat di jalan berkenaan kerana khuatir perkara itu akan terbongkar.

“Kita juga percaya mayat itu mungkin terjatuh ketika dibawa dengan motosikal dan dua lelaki itu cuba mengangkatnya semula disyaki untuk dibuang ke tempat lain.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan warga asing ekoran tidak terdapat suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di bahagian lengannya,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan tikaman antaranya di dada, perut, belakang badan serta kecederaan di bahagian kepala.

“Kini polis giat mengesan dua suspek berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

The post Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat

Sekianlah artikel Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk terserempak penjenayah sedang bungkus mayat dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/penduduk-terserempak-penjenayah-sedang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :