Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda

Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda
link : Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda

Baca juga


Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda

PELAKON Nabila Huda menasihati bintang baharu agar tidak terlalu cepat berpuas hati dengan populariti yang mereka kecapi.

Nabila, 33, berkata dia sudah melalui zaman ‘jatuh bangun’ sebagai anak seni dan berharap mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberi.

“Saya bermula dari bawah untuk sampai ke tahap ini dan melalui perjalanan berliku sebagai anak seni.

“Bila tengok pelakon baharu yang terlalu berbangga dan menunjuk dengan populariti segera yang mereka terima, pesan saya berhati-hatilah.

“Sekarang adalah waktu mengembangkan bakat dan karier, kutip lebih banyak pengalaman dan jangan cepat seronok dengan apa yang dicapai,” katanya.

Nabila ditemui pada tayangan perdana filem Rempit Sampai Langit di MM Cineplexes eCurve di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Selain Nabila Huda, filem tersebut turut dibintangi oleh Ajak Shiro, Reen Rahim, Cristina Suzanne dan Tauke Jambu.

Filem arahan pengarah Silver dan diterbitkan oleh Suhan Movies itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 November ini.

Sementara itu, Nabila mendedahkan ada juga pelakon baharu meminta dia berkongsi ilmu tentang industri.

“Ada yang bertanya kepada saya mengenai ilmu lakonan dan berminat untuk mengetahui tentang industri seni.

“Cara itu saya suka sebab kita boleh berkongsi pandangan dan idea,” katanya.

Menyebut mengenai karier lakonan, Nabila berkata dia mahu berehat sebentar daripada menerima tawaran drama yang memerlukan penggambaran yang panjang.

Pelakon filem Munafik ini mengakui keletihan selepas menjayakan drama 100 episod berjudul Dendam Aurora.

“Habis sahaja shooting drama tersebut, saya fikir nak berehat dahulu daripada mengambil tawaran lakonan drama bersiri yang memerlukan komitmen masa yang panjang.

“Alhamdulillah, penggambaran sudah selesai dan sekarang nak bercuti bersama keluarga dulu,” katanya.

The post Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda

Sekianlah artikel Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelakon Baharu Jangan Nak Menunjuk – Nabila Huda dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/pelakon-baharu-jangan-nak-menunjuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :