Pat persembah teater bangsawan

Pat persembah teater bangsawan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pat persembah teater bangsawan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pat persembah teater bangsawan
link : Pat persembah teater bangsawan

Baca juga


Pat persembah teater bangsawan

Nama Pat Ibrahim bukanlah asing bagi kebanyakan peminat dunia hiburan tempatan. Menerusi sentuhan ideanya, Pat berjaya mencantikkan babak dalam beberapa teater popular antaranya Puteri Gunung Ledang, P Ramlee The Musical dan Terima Kasih Cinta.

Mengambil kira pengalamannya yang sudah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia tarian dan pementasan, Pat menerusi syarikatnya Pat Ibrahim Project Entertainment (PIPE) menyahut cabaran baru dengan menerbit dan mengarahkan teater bangsawan Dendam Laksamana yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 10 hingga 12 November ini.

Dendam Laksamana diinspirasi daripada kisah Keris Laksamana Bentan. Pat menjadikan naskhah Shahrom Hussain melalui karya Masyhor Malaya sebagai rujukan utama, manakala skripnya ditulis Siti Jasmina Ibrahim.

“Segala-galanya bermula apabila saya meluahkan hasrat kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli untuk buat teater bangsawan dan beliau suruh saya hantar kertas cadangan.

“Alhamdulillah ia diterima. Bangsawan bukan asing buat saya kerana pernah terbabit dengan genre ini ketika belajar di Akademi Seni Kebangsaan dulu.

“Selain itu saya juga pernah belajar dengan Pak Rahman B,” katanya.

Pat berkata, jika sebelum ini sering bekerjasama dengan penerbit lain, dia cuba melangkah keluar daripada zon selesa apabila menubuhkan syarikat sendiri.

“Ini masa terbaik untuk saya melakukan sesuatu yang baru. Saya menonton teater bangsawan pada tahun lalu dan mendapati cirinya ada unsur muzikal kerana terdapat nyanyian, tarian, drama dan kesan khas.

“Daripada situlah impian ini timbul. Saya hanya ada masa seminggu untuk melengkapkan dokumen yang dikehendaki sebelum tarikh tutup penyertaan Siri Semarak Bangsawan 2017 JkKN dan mujurlah saya dikelilingi mereka yang berpengalaman serta sudi membantu,” katanya.

Dendam Laksamana boleh dianggap karya gah kerana mempertaruhkan nama besar iaitu Pekin Ibrahim, Nadia Aqilah, Megat Sharizal, Anwar Rusdini, Hamzah Tahir, Norzizi Zulkifli dan Shahrul Mizad.

“Saya sebenarnya tak sedar persembahan ini menampilkan enam pengarah iaitu Pekin, Megat Sharizal, Anwar Rusdini, Hamzah Tahir, Norzizi dan Shahrul Mizad.

“Semuanya kawan saya dan kesudian mereka terbabit dalam pementasan ini satu penghargaan yang amat besar. JKKN pula memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk memilih pelakon yang bagus,” katanya.

Pat berkata, Dendam Laksamana cuba merungkai persoalan disebalik kisah yang berlaku membabitkan Sultan Mahmud Syah 2 dengan Laksamana Bentan yang membawa kepada tragedi pembunuhan baginda.

Dalam pada itu, mereka juga menganjurkan Pekan Bangsawan dari 6 November hingga 9 November ini di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

“Pekan Bangsawan Warisan Budaya merangkumi forum, bengkel, pameran dan pementasan. Bengkel ini menampilkan saya dan barisan tenaga pengajar berpengalaman.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar di http://ift.tt/2m1AXky tiket untuk menonton pula berharga RM25, RM40, RM70 dan RM100 juga boleh dibeli menerusi laman sesawang ini,” katanya.

The post Pat persembah teater bangsawan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pat persembah teater bangsawan

Sekianlah artikel Pat persembah teater bangsawan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pat persembah teater bangsawan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/pat-persembah-teater-bangsawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :