Okay, dah bayar

Okay, dah bayar - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Okay, dah bayar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Okay, dah bayar
link : Okay, dah bayar

Baca juga


Okay, dah bayar

PENYANYI Datuk Zainal Abidin lega apabila sudah menerima bayaran tertunggak untuk persembahannya pada malam penutup Sukan SEA 2017 (KL2017) di Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Zainal dalam satu kenyataan menerusi peguamnya, Mathew Thomas Philip berkata, dia mengarahkan semua tindakan yang diambil terhadap syarikat pengurusan acara Memories Entertainment dihentikan.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Hijau itu mengarahkan firma yang dilantik memfailkan saman terhadap syarikat itu bagi menuntut RM14,000 yang juga baki 50 peratus bayaran yang tertunggak.

“Memories Entertainment sudah melunaskan bayaran yang tertunggak kepada Zainal. Justeru, beliau mengarahkan firma undang-undang untuk menghentikan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.

Terdahulu, isu bayaran belum dilunaskan dibangkitkan penyanyi Adibah Noor apabila dia memuat naik status mengenai perkara itu di Twitter.

Menurut Thomas, walaupun isu terbabit sudah selesai, Zainal tetap bimbang sekiranya terdapat rakan artis lain yang masih belum menerima baki bayaran pada konsert berkenaan.

“Walaupun Zainal gembira kerana perkara itu diselesaikan, dia masih bimbang dan berharap semua artis lain yang terbabit dalam persembahan itu akan dibayar.

“Ini bukan masalah wang tetapi adalah perkara prinsip untuk semua artis terbabit,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan reaksi Zainal tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.

The post Okay, dah bayar appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Okay, dah bayar

Sekianlah artikel Okay, dah bayar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Okay, dah bayar dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/okay-dah-bayar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :