Judul : Nizam Laksamana terkejut kemelut Lan, Kristal
link : Nizam Laksamana terkejut kemelut Lan, Kristal
Nizam Laksamana terkejut kemelut Lan, Kristal
SEMALAM, Sinar Harian telah melaporkan bahawa kumpulan Kristal kini sedang mencari penyanyi baru bagi merehatkan penyanyi asalnya, Lan yang kini sedang berjuang di dalam program Gegar Vaganza (GV).
Penyanyi Nizam Laksamana yang kebetulan berada di pejabat Karangkraf hari ini telah ditanya pendapatnya mengenai isu tersebut.
Nizam meluahkan rasa terkejutnya apabila diberitahu mengenai berita pergolakan yang berlaku di dalam kumpulan Kristal ini.
“Bagi saya jika berlakulah perkara Kristal sedang mencari penyanyi baru, atau Lan meninggalkan kumpulan tersebut, saya antara orang yang sangat sedih.
“Ini kerana saya melihat Kristal membesar ketika mereka masa itu masih lagi mengiringi Awie.
“Bagi saya, mereka sekarang ini dah cukup mantap. Jika Lan tanpa Kristal atau Kristal tanpa Lan, dah jadi lain sebab Lan adalah Kristal, Kristal adalah Lan.
“Kita pernah tengok apabila ada kumpulan yang berpecah dan berganti dengan penyanyi baru, tapi tak ke mana akhirnya kumpulan tersebut.
“Kami kumpulan Laksamana sebagai contoh. Nizam dan Laksamana dah sebati. Kami tak pernah berpecah, semangat kekeluargaan amat kuat” jelasnya.
Nizam sebagai senior turut memberikan nasihatnya supaya kedua pihak ini berbincang semula, cool down, ketepikan hal remeh-temeh.
“Kekalkan yang ada sekarang, terus bersatu, percaya rezeki itu ada sama ada anda pemuzik atau penyanyi.
“Harap Lan kekal bersama Kristal dan Kristal tak ketepikan Lan,” tegasnya.
The post Nizam Laksamana terkejut kemelut Lan, Kristal appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Nizam Laksamana terkejut kemelut Lan, Kristal
Anda sekarang membaca artikel Nizam Laksamana terkejut kemelut Lan, Kristal dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/nizam-laksamana-terkejut-kemelut-lan.html