Judul : Lennie tinggalkan TWD
link : Lennie tinggalkan TWD
Lennie tinggalkan TWD
Sudah bersiaran selama lapan musim, siri The Walking Dead (TWD) sememangnya masih menjadi ikutan ramai. Bukan saja disebabkan plot ceritanya, bahkan penonton setia sudah sebati dengan setiap watak dalam siri itu.
Tidak terkecuali watak Morgan yang dilakonkan aktor hebat Lennie James. Watak berkenaan cukup meninggalkan impak tersendiri di mana kemunculannya sejak musim pertama begitu berkesan.
Bagaimanapun, berita terbaru ini pastinya membuatkan ramai pengikut siri itu bersedih. Aktor berkenaan bakal membintangi siri francais Fear the Walking Dead (Fear TWD) sekali gus bermakna dia meninggalkan TWD.
Selepas lapan musim, Lennie mengambil keputusan meninggalkan siri itu bagi membintangi musim keempat siri prekuel terbabit.
Beritanya beralih ke siri berkenaan diumumkan pada segmen khas Talking Dead yang membincangkan mengenai TWD, Ahad lalu.
Dia sudah memulakan penggambaran Isnin lalu di Austin, Texas, Amerika Syarikat seminggu selepas tamat di set TWD.
“Ya, sayalah kejutan itu. Saya bakal menyertai barisan pelakon Fear the Walking Dead,” katanya.
Yang pasti, sebagaimana sedih peminat tegar TWD, Lennie juga berasakan perkara sama namun mengakui inginkan angin baru.
“Semestinya perkara paling sukar adalah meninggalkan The Walking Dead terutama rakan pelakon dan kru siri itu. Saya sangat tidak sabar mahu meneroka lagi watak Morgan di dunia yang baru bersama karakter lain serta tempat baru,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Penerbit Eksekutif TWD, Scott Gimple, penampilannya masih ada sepanjang musim kelapan selain karakter Morgan itu sendiri akan digambarkan dalam perspektif tertentu.
“Meskipun karakter Morgan akan beralih ke Fear TWD, masih ada banyak ceritanya berbaki dalam The Walking Dead. Dalam musim kelapan, akan ada cerita yang membawa kepada kesinambungannya dalam Fear.
“Ia sangat penting untuk memberikan gambaran dunia Fear dan karakternya kepada penonton baru,” katanya.
Memasuki musim kelapan dan mula ditayangkan di FOX HD (Astro 724), setiap Isnin, jam 9 malam bermula 23 Oktober lalu, musim ini sisi lain TWD dirungkai satu persatu mengikut beberapa pembayang diberikan pada episod berkenaan.
Walaupun misi untuk membunuh Negan jauh lebih penting, tetapi nasib karakter lain juga masih menjadi perhatian terutama koloni di Alexandria yang tidak tahu bagaimana nasib mereka pada masa depan.
Ancaman sebenar kini bukan lagi zombi semata-mata kerana setiap manusia yang masih hidup ternyata masing-masing licik. Dalam pada bersatu hati, bukan semua mampu menahan diri untuk setia.
The post Lennie tinggalkan TWD appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lennie tinggalkan TWD
Anda sekarang membaca artikel Lennie tinggalkan TWD dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/lennie-tinggalkan-twd.html