Kisah cinta, perjuangan

Kisah cinta, perjuangan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah cinta, perjuangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah cinta, perjuangan
link : Kisah cinta, perjuangan

Baca juga


Kisah cinta, perjuangan

MELIHAT kepada judulnya, penulis membayangkan filem ini mengangkat kisah mengenai pahlawan, Rentap, dan sisi berbezanya yang mungkin tidak diketahui ramai.

Namun sangkaan itu meleset kerana Peransang Rentap sebenarnya adalah twist kepada sebuah kisah yang direka, mengenai seorang lelaki Iban, Jenang, yang memasang impian untuk menyertai peperangan menentang British.

Bagaimanapun, dia kecewa apabila tidak dibenarkan menyertainya. Dia kemudian telah bertemu dengan Entiang, seorang gadis dari kampung seberang yang mana dia kemudian telah jatuh cinta.

Perkara menjadi lebih sukar apabila dia perlu bersaing dengan Jambai untuk memenangi hati Entiang.

Bagaimanapun, Jenang tetap berkesempatan untuk bertemu dengan Rentap dan kisah seterusnya harus anda saksikan sendiri di pawagam.

Berbalik kepada filem ini, penulis merasakan, filem terbitan Unique Twins Sdn. Bhd. ini menampilkan sebuah jalan cerita yang berbeza dengan sinematografi yang segar.

Masakan tidak, keseluruhan penggambaran ini mengambil tempat di kawasan pendalaman di Kuching, Sarawak.

Anda pasti akan jatuh cinta melihat kejernihan sungai, kecantikan kawasan gua dan situasi di rumah panjang.

Dari segi jalan cerita pula, Peransang Rentap adalah kata lain untuk utusan Rentap, yang bersesuaian dengan jalan cerita di mana Jenang seterusnya menjadi utusan Rentap.

Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa Iban dan penglibatan 90 peratus pelakon dari Sarawak juga membuatkan filem ini berbeza dari filem tempatan yang ada.

Namun tidak penulis nafikan, ada kekurangan dari sudut plot dan skrip, namun kekurangan itu masih boleh dimaafkan.

Bagaimanapun ini pandangan penulis dan untuk anda ketahui sendiri hasilnya, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.

The post Kisah cinta, perjuangan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kisah cinta, perjuangan

Sekianlah artikel Kisah cinta, perjuangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah cinta, perjuangan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/kisah-cinta-perjuangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :