Judul : Kenapa tunafoto bukan fotobom?: Fathia buat hal lagi
link : Kenapa tunafoto bukan fotobom?: Fathia buat hal lagi
Kenapa tunafoto bukan fotobom?: Fathia buat hal lagi
NAMPAKNYA, selebriti penuh kontroversi di laman Twitter, Fathia Latiff kembali lagi dengan persoalan terbarunya berkaitan dengan pengenalan perkataan baharu Bahasa Malaysia diperkenalkan Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Dalam satu ‘tweet’nya, dia mempersoalkan penggunaan tunafoto untuk perkataan ‘Photobomb’.
Kenapa nak kena tunafoto? kenapa bukan fotobom atau bomfoto? Dari mana datangnya ikan?” soalnya.
Berikutan itu, ramai netizen yang berusaha menerangkan kepada aktress tersebut kaitan antara ‘tuna’ dan ‘foto’.
“Ikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tuna bermaksud cacat, rosak. Senang cerita maksudnya buruk,” jelas pengguna Twitter, Sufian Abas.
Turut menyokong merupakan pengguna Twitter, Izqaxque.
“Tuna itu bahasa dari Bahasa Indonesia yang secara harfiah bermakna ‘rosak/cacat’ atau tidak memiliki.
“Contohnya tuna daksa: cacat tubuh badan, tuna susila: rosak akhlak, tuna foto: mencacatkan gambar,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempertahankan tindakan Fathia bertanyakan soalan tersebut seperti pengguna Twitter, Uncle Bobby.
“Ini Twitter dia, kot suka hati dia lah nak tweet apa pun,” tulisnya.
Sementara itu, Fathia dalam ‘tweet’ lain bercakap mengenai bergurau dipercayai merujuk kepada persoalannya itu.
“Kalau tak boleh nak melawak, jangan jadi manusia. jadi ikan,” tulisnya.
Sebelum ini, nama pelakon tersebut menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik satu status di laman Twitter miliknya memberikan pandangan mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) bahawa masyarakat Malaysia akan menjadi bebas mata wang menjelang tahun 2050 nanti.
The post Kenapa tunafoto bukan fotobom?: Fathia buat hal lagi appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kenapa tunafoto bukan fotobom?: Fathia buat hal lagi
Anda sekarang membaca artikel Kenapa tunafoto bukan fotobom?: Fathia buat hal lagi dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/kenapa-tunafoto-bukan-fotobom-fathia.html