Judul : Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan
link : Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan
Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan
BELAKANGAN ini, ramai artis hallyu datang ke Malaysia mengadakan sesi bertemu peminat ataupun konsert dan kebanyakkan mereka merupakan nama besar dalam industri ini.
Untuk tahun ini sahaja, antara selebriti-selebriti yang sudah menjejakkan kaki ke Malaysia adalah EXO, Red Velvet, G-Dragon, Taeyang, Seventeen, A-Pink, BTOB, Highlight, Jessica dan banyak lagi.
Ternyata ini menunjukkan bahawa nama Malaysia semakin dikenali oleh artis di sana dan perkara ini tentunya menggembirakan peminat di sini yang dapat berjumpa dengan artis kesayangan mereka.
Tidak cukup dengan itu, 24 November ini sekali lagi, Malaysia bakal dihujani dengan artis-artis hallyu di Pulau Pinang terutamanya para peminat grup BAP, T-Ara, Rain, Kim Joong Kook dan Haha.
Kpop Music Wave 2017 bakal diadakan bertempat di Setia Spice Arena, Pulau Pinang, khusus buat para peminat untuk berhibur dan menyaksikan secara ‘live’ persembahan oleh selebriti-selebriti yang didatangkan khas dari Korea Selatan ini.
Tahun ini sahaja, Kim Joong Kook sudah beberapa kali datang ke Malaysia, sama seperti Haha yang sudah tiba di Malaysia dalam majlis bertemu peminat bersama ahli Running Man yang lain, April lalu.
Namun kali ini, mereka berdua membawa kapasiti sebagai penyanyi.
Sementara itu, kehadiran yang dinanti-nantikan tentunya penyanyi Rain, namanya juga sudah cukup dikenali terutamanya sejak bergelar suami kepada Kim Tae-hee dan ayah, baru-baru ini.
Kehadiran dua grup popular Korea Selatan iaitu BAP yang muncul dengan album baru Jun lalu serta kumpulan T-Ara yang satu ketika dulu popular dengan lagu Roly Poly tentunya dapat memeriahkan suasana acara tersebut.
Dibawakan oleh Galaxy Group dan Golden Warrior, para peminat boleh mendapatkan info lebih mengenai acara ini di Facebook, kpopmusicwave.
The post Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan
Anda sekarang membaca artikel Kenapa selebriti Hallyu serbu Pulau Pinang hujung bulan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/kenapa-selebriti-hallyu-serbu-pulau.html