Judul : Jualan ikan murah: Kehadiran MBSA mengejutkan
link : Jualan ikan murah: Kehadiran MBSA mengejutkan
Jualan ikan murah: Kehadiran MBSA mengejutkan
Kehadiran beberapa penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di kawasan lapang Dewan 24 Indah, Seksyen 24 sempena Program Jelajah Jualan Ikan Harga Murah sedikit mengejutkan orang ramai di sini, hari ini.
Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, penguatkuasa berkenaan memberi amaran yang memaklumkan program ini mendapat tentangan dan aduan daripada wakil rakyat kawasan ini.
“Saya terkejut kerana sepanjang jelajah dalam tempoh tiga bulan ini tiada langsung halangan daripada mana-mana pihak namun, di Shah Alam berlaku sedemikian.
“Saya lihat program ini lebih kepada membantu masyarakat setempat untuk dapatkan ikan segar pada harga yang cukup murah dan harga patut.
“Sepatutnya sebagai wakil rakyat, beliau harus menyokong program ini walaupun berbeza fahaman politik.
“Beliau yang patut turun ke sini dan bukan arahkan pihak penguatkuasa untuk tutup dan halau kami daripada sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
The post Jualan ikan murah: Kehadiran MBSA mengejutkan appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jualan ikan murah: Kehadiran MBSA mengejutkan
Anda sekarang membaca artikel Jualan ikan murah: Kehadiran MBSA mengejutkan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/jualan-ikan-murah-kehadiran-mbsa.html