Judul : Josh Groban hampir jadi mangsa serangan New York
link : Josh Groban hampir jadi mangsa serangan New York
Josh Groban hampir jadi mangsa serangan New York
SIAPA sangka kebiasaan penyanyi Josh Groban membawa anjingnya berjalan di taman berdekatan hampir menjadikan dia salah seorang mangsa serangan New York semalam, lapor Today.com.
Dia menulis di laman Twitternya menceritakan detik cemas saat terdengar beberapa das tembakan semasa insiden berdarah tersebut berlaku.
“Oh tuhan, saya terdengar tembakan dan terus lari bersama anjing saya, harap semua orang okay.
“Insiden tersebut berlaku lebih kurang setengah blok dari saya dan kedengaran lapan hingga 10 das tembakan dilepaskan namun tidak dapat melihat apa yang berlaku,” tulisnya.
Penyanyi berusia 36 tahun itu berkata dia merancang untuk ke kawasan insiden berlaku.
“Saya kini menggeletar, kawasan tersebut sepatutnya menjadi tempat lepak saya tetapi anjing saya menarik saya ke taman hampir setengah blok jauhnya sebelum kedengaran bunyi tembakan,” tulisnya lagi.
Sementara itu, dia juga turut mengucapkan takziah pada semua mangsa.
“Saya tumpang bersedih pada mangsa-mangsa dan ahli keluarga mereka,” tulisnya lagi.
Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala 11 lagi cedera setelah seorang lelaki memandu trak sewa ke laluan berbasikal di Manhattan dan melanggar orang awam, petang semalam.
The post Josh Groban hampir jadi mangsa serangan New York appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Josh Groban hampir jadi mangsa serangan New York
Anda sekarang membaca artikel Josh Groban hampir jadi mangsa serangan New York dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/josh-groban-hampir-jadi-mangsa-serangan.html