Judul : Hisyam Hamid mahu lebih versatil
link : Hisyam Hamid mahu lebih versatil
Hisyam Hamid mahu lebih versatil
BIARPUN sudah tiga tahun bergiat aktif dalam industri hiburan di Malaysia, pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid mengakui masih banyak perkara yang ingin dicuba terutama memberi kelainan dalam lakonannya.
Hisyam yang sebelum ini sinonim dengan watak romantis, kini mahu lakonan mencabar kemampuannya.
Membuktikan keinginannya itu, tidak lama lagi pelakon yang mula dikenali menerusi drama Ariana Rose ini bakal muncul dalam mini siri, Dosa, kolaborasi produksi Malaysia-Indonesia yang turut menampilkan pelakon Remy Ishak dan Asharaf Sinclair.
“Ini drama pertama saya dengan watak aksi. Penampilan kali ini sangat berbeza di mana saya kelihatan kasar, lebih maskulin dan tiada babak sweet. Harapnya lepas ni ada lagi watak berbeza begini,” katanya. Bagaimanapun, kata Hisyam, itu tidak bermakna dia kini menolak untuk menjayakan watak lelaki romantik, cuma keutamaannya adalah untuk mencari kelainan.
“Kalau ada yang perasan, saya selalunya akan ubah gaya rambut dalam setiap drama agar orang dapat bezakan watak yang pernah saya jayakan.
“Biar pun sering diberikan watak sama, saya tak pernah tolak tawaran tersebut sebab dah anggap rezeki, kecuali jadual saya betul-betul tidak mengizinkan,” katanya.
Menurut Hisyam, selain drama lakonan sendiri, dia juga akan menonton drama lain terutama yang mendapat rating tinggi untuk mengetahui trend semasa drama kini.
“Kalau ada di rumah saya memang suka tengok drama Melayu walaupun itu bukan lakonan saya kerana mahu belajar dan mengambil perkara positif untuk bantu lakonan saya pada masa akan datang.
“Kalau tidak sempat tengok semua pun, sekurang-kurang saya dapat tengok beberapa episod,” akui Hisyam.
Ulang-alik ke Singapura
Hisyam juga bakal membuat kejutan apabila tampil dalam program masakan sendiri yang dianggap peluang terbaik mencuba perkara baru.
Dia yang sebelum ini pernah menerima tawaran rancangan berkonsep masakan mengakui tidak yakin dapat melakukannya.
“Kali ini saya setuju sebab memang hobi dan saya sering lakukan di rumah bersama anak-anak.Kalau program TV atau acara yang lebih serius mungkin saya belum berani, tapi disebabkan konsep program ini yang lebih santai dan disiarkan di saluran Youtube, saya tidak ada masalah,” ujar Hisyam.
Dalam perkembangan lain, Hisyam turut berkongsi kini bernaung di bawah syarikat pengurusan baru, Rocketfuel, yang bakal menguruskan kerjaya seninya selepas ini.
Katanya, dalam tempoh kontrak selama tiga tahun, perkara sudah dirancang.
“Apa yang lebih menggembirakan, misi syarikat pengurusan saya kali ini lebih jelas dan mereka sangat proaktif untuk mengetengahkan kerjaya saya bukan sahaja dalam lakonan, tapi menerusi peluang lain yang bersesuaian,” kata Hisyam lagi.
Menurut Hisyam, dia memilih untuk berada di bawah syarikat pengurusan kerana mahu kerjaya seninya lebih teratur dan berkembang.
“Saya pernah ada pengalaman bergerak sendiri, tapi agar sukar sebab banyak perkara yang perlu saya lakukan sedangkan saya masih baru dan tidak tahu selok-belok industri.
“Seperkara lagi saya adalah artis luar dan perlu melalui beberapa proses untuk termasuk permit kerja.
“Jadi dengan adanya syarikat pengurusan, mereka akan uruskan semua dari A hingga Z, dan saya pula boleh fokus kepada kerja sepenuhnya,” tegas Hisyam yang sudah pun menetap di Kuala Lumpur tetapi berulang-alik ke Singapura setiap bulan kerana anak-anaknya masih bersekolah di sana.
“Kalau ikutkan tahun lepas saya dah bawa mereka ke sini, tetapi tidak jadi sebab nenek saya pula meninggal dunia dan rumah ibu akan kosong jika anak-anak saya tiada.
“Jadi hasrat itu ditangguhkan seketika demi ibu. Saya cuba fahamkan anak-anak dengan sebaiknya dan sentiasa menjenguk mereka di sana,” kata bapa kepada Nurish Syameliah, 10, Haydeen, 8.
The post Hisyam Hamid mahu lebih versatil appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Hisyam Hamid mahu lebih versatil
Anda sekarang membaca artikel Hisyam Hamid mahu lebih versatil dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/hisyam-hamid-mahu-lebih-versatil.html