Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura

Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura
link : Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura

Baca juga


Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura

TONTON, platform atas talian (over-the-top) nombor 1 dan perkhidmatan penstriman terbesar di Malaysia, menjengah pasaran penonton di negara kota Singa menerusi penyertaan ke acara Celebfest 2017 di Suntec Convention Centre , Singapura pada 11-12 November lalu.

Turut menyertai rombongan media, Hafidz Roshdi (pelakon utama drama Kelip-Kelip di Kota London) dan Wan Sharmila (pelakon drama Mr Hijab) yang hadir membuat penampilan istimewa di pentas utama sepanjang acara berlangsung.

“Sangat teruja dan gembira. Ini pertama kali saya tampil di Singapura dalam rangka kerja dan saya tidak sangka sambutan peminat di sini begitu hebat sekali.

“Menerusi drama bersiri 13 episod Kelip-Kelip di Kota London yang kini bersiaran di tonton, saya memegang watak pemuda yang telah berkahwin di kota London tanpa pengetahuan keluarga dan konflik tercetus apabila saya diminta oleh ibu untuk berkahwin dengan gadis lain setelah pulang ke Malaysia.

http://ift.tt/2AYIiUi
“Drama yang cukup mencabar emosi untuk kekal menangis hampir kesemua episod, boleh disaksikan menerusi tonton bermula 18 Oktober 2017 lalu dan hanya akan bersiaran di TV pada Mac tahun depan,” jelas Hafidz yang hadir ceria melayani peminat di arena Suntec, Singapura.

Sementara itu, bagi Wan Sharmila, dia bersyukur dan berterima kasih kepada tonton dan Singtel yang membawanya ke Singapura seterusnya mendekatkan diri dengan peminat di sini.

“Ini juga adalah pengalaman pertama saya menghadiri jelajah promosi di Singapura dan saya tidak sabar bertemu peminat tempatan yang mengenali saya selepas siaran drama 7 Hari Mencintaiku.

“Menerusi lakonan dalam drama Mr Hijab yang kini bersiaran ditonton sehingga 20 episod keseluruhan, saya membawa watak gadis galak, berbeza dengan karakter diri saya,” ujar Wan Sharmila.

Hafidz Roshdi dan Wan Sharmila tampil menghiburkan peminat dengan gandingan lakonan spontan bersama pengacara dan pelawak tempatan Dyn Norahim serta duta Singtel Nurul Aini yang juga pelakon popular tempatan menggamatkan arena Dewan Suntec sepanjang dua hari acara berlangsung.

The post Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura

Sekianlah artikel Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hafidz, Wan Sharmila dapat sambutan hebat di Singapura dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/hafidz-wan-sharmila-dapat-sambutan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :