Judul : Fattah-Fazura Betul Dah Nikah?
link : Fattah-Fazura Betul Dah Nikah?
Fattah-Fazura Betul Dah Nikah?
Ketika peminat satu Malaysia sedang menantikan perkhabaran daripada sidang media pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura berhubungan isu kahwin rahsia, terbaharu pasangan ini di dakwa sudah pun sah bergelar suami isteri.
Memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad (semalam), Fattah dan Fazura telah bernikah pada 14 November lalu sekitar 12.30 tengah malam di banglo kediaman nenek aktres bintang filem Manisnya Cinta Cappadocia itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.
Menurut sumber, pasangan ini bukan berkahwin secara tergesa-gesa sebagaimana yang di dakwa sesetengah pihak, sebaliknya memilih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal.
Mengikut perancangan, mereka berhasrat mahu bernikah di tanah suci Mekah namun atas sebab-sebab tertentu, keputusan itu diubah pada hari pertunangan mereka iaitu pada 13 November lalu.
Fattah dan Fazura kini sedang menjalani ibadah umrah di Mekah.
Kisah cinta Fattah dan Fazura menjadi bualan hangat ramai sejak awal tahun lalu selepas mereka bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Sementara itu, menerusi satu kenyataan media daripada pihak pengurusan pasangan ini, mereka berjanji akan mengadakan satu sidang media selepas sekembalinya dari Mekah pada 23 November ini.
The post Fattah-Fazura Betul Dah Nikah? appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fattah-Fazura Betul Dah Nikah?
Anda sekarang membaca artikel Fattah-Fazura Betul Dah Nikah? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/fattah-fazura-betul-dah-nikah.html