Judul : Fathia Dikecam Gara-gara Tanya PM Tak Jenguk Ke Pulau Pinang?
link : Fathia Dikecam Gara-gara Tanya PM Tak Jenguk Ke Pulau Pinang?
Fathia Dikecam Gara-gara Tanya PM Tak Jenguk Ke Pulau Pinang?
Musibah banjir yang melanda Pulau Pinang ketika ini mendapat perhatian seluruh rakyat negara ini temasuklah Nur Fathia Latiff yang turut berkongsi pandangannya menerusi laman Twitter.
Menerusi laporan mStar online, pelakon Menanti Februari ini memuat naik di status bertanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada melawat Pulau Pinang ataupun tidak?
“Assalamualaikum Prime Minister, tak pergi ke jenguk-jenguk #Penang?” tulisnya.
..
Malangnya, status itu mengundang kemarahan netizen yang menganggap Fathia tidak sepatutnya membuat status itu dan menyifatkan dia sebagai seorang artis yang hanya tahu bercakap.
Malah ramai meminta agar Fathia sendiri pergi ke Pulau Pinang dan menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana itu daripada hanya bercakap di Twitter.
..
Tidak cukup dengan itu, Fathia didakwa tidak dapat menerima kritikan terhadapnya dan meminta pelakon itu agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan selepas ini. Bagaimanapun Fathia dalam satu komen balasnya menjelaskan dia bertindak demikian kerana komen ditinggalkan tidak senonoh.
Sebelum ini Fathia dikritik apabila kesilapannya mentafsir tajuk berita dari The Star Online bertajuk “Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050” sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.
Sementara itu, media melaporkan Najib sudah membuat lawatan di Pulau Pinang pada Selasa sambil meninjau keadaan banjir di negeri itu ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
The post Fathia Dikecam Gara-gara Tanya PM Tak Jenguk Ke Pulau Pinang? appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fathia Dikecam Gara-gara Tanya PM Tak Jenguk Ke Pulau Pinang?
Anda sekarang membaca artikel Fathia Dikecam Gara-gara Tanya PM Tak Jenguk Ke Pulau Pinang? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/fathia-dikecam-gara-gara-tanya-pm-tak.html