Faizal fokus gilap artis sedia ada

Faizal fokus gilap artis sedia ada - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Faizal fokus gilap artis sedia ada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Faizal fokus gilap artis sedia ada
link : Faizal fokus gilap artis sedia ada

Baca juga


Faizal fokus gilap artis sedia ada

Penyanyi dan komposer popular Faizal Tahir tidak bercadang mengambil artis baru bernaung di bawah syarikat rakamannya, Faithful Music ketika ini.

Faizal, 38, berkata, buat masa ini dia mahu fokus dengan menggilap bakat artis sedia ada di bawah Faithful Music dan melakukan kerja belakang tabir serta mencipta lagu.

Antara artis yang bernaung di bawah syarikat rakamannya ialah Harris Baba, Aziz Harun dan Hanie Sooraya.

Sebelum ini, Elizabeth Tan juga salah seorang artis syarikat rakamannya.

“Saya mencari penyanyi yang mampu memberi sesuatu dan impak positif pada industri muzik.

“Contohnya Harris Baba, saya tertarik dengan bakat dan kesungguhannya dalam bidang muzik.

“Namun, jika bertemu dengan bakat baru yang mampu memberi impak dicari selepas ini, pasti saya akan mengambilnya,” katanya.

Faizal ditemui pada sidang media majlis Hari Terbuka SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia) yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengenai kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia baru melancarkan single barunya berjudul Menang.

“Lagu ini memiliki mesej untuk lelaki supaya lebih menghargai wanita. Selain itu, saya juga mencipta lagu untuk Caliph Buskers berjudul Buta,” katanya.

Ditanya lagu ciptaannya yang lebih bertema kerohanian dan kemanusiaan, Faizal mengakui dia ingin mendidik masyarakat menerusi lagu sedemikian.

“Saya ingin mencipta lagu yang bukan saja untuk industri muzik tetapi impak yang positif kepada masyarakat keseluruhannya.

“Saya juga masih menghasilkan lagu cinta tetapi mesejnya positif untuk pendengar. Saya percaya kita perlu ada keseimbangan dalam hidup iaitu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya.

Jadi duta SL1M

Walaupun sibuk dengan agenda seni, Faizal tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat.

Terbaru, Faizal dilantik selaku duta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diselia Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Hari Terbuka SL1M yang bakal berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Sepanggar, Sabah, Sabtu ini.

Selain Faizal selaku duta SL1M, barisan artis terbabit dalam program ini ialah Zero Maharaja Lawak Mega, Sakura Band, Estranged, Akim & The Majistret, Farish Aziz dan kru Kupi-Kupi FM.

Menurut Faizal, dia terima tawaran menjadi duta SL1M kerana ingin berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada orang ramai.

“Bergelar penghibur bukan sekadar glamor dan menyanyi di pentas sebaliknya saya ingin memberi motivasi dan impak positif kepada masyarakat.

“Saya juga ingin berkongsi pengalaman hidup sepanjang 11 tahun dalam bidang muzik tanah air. Kita juga tidak boleh menilai seseorang itu baik atau jahat kerana masa silamnya. Saya juga pernah buat kesilapan dalam hidup dulu sebelum berada pada tahap sekarang,” kata bapa kepada enam anak ini.

The post Faizal fokus gilap artis sedia ada appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Faizal fokus gilap artis sedia ada

Sekianlah artikel Faizal fokus gilap artis sedia ada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Faizal fokus gilap artis sedia ada dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/faizal-fokus-gilap-artis-sedia-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :