Faizal bersyukur biarpun tewas

Faizal bersyukur biarpun tewas - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Faizal bersyukur biarpun tewas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Faizal bersyukur biarpun tewas
link : Faizal bersyukur biarpun tewas

Baca juga


Faizal bersyukur biarpun tewas

PENYANYI dan komposer terkenal Faizal Tahir mengakui tidak berasa kecewa apabila gagal memenangi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik pada anugerah berprestij MTV

Europe Music Awards (EMA) London 2017, baru-baru ini.

MTV (EMA) dipersembahkan oleh MTV Networks Europe dan bersiaran secara langsung dari London pada 13 November (Isnin) lalu.

Pada majlis anugerah itu, Faizal tewas pada artis dari Filipina, James Reid yang menjuarai kategori berkenaan pada tahun ini.

“Secara peribadi, saya memang tidak menaruh harapan untuk menang pada peringkat awal dicalonkan dalam anugerah berprestij itu.

“Apabila dapat tahu nama dicalonkan, ramai rakan dalam industri muzik tanah air beri sokongan pada saya.

“Namun, saya seorang yang realistik dalam hal ini kerana pencalonan dalam Anugerah Juara Lagu di negara ini pun saya tidak pernah menang.

“Pada masa sama, anugerah ini juga berdasarkan undian dari peminat negara masing-masing dan bukan menilai bakat seseorang penghibur itu,” katanya.

Apapun, kata Faizal, dia tetap bersyukur kerana dua kali dicalonkan dalam anugerah berprestij itu.

“Sebagai penyanyi pastinya saya bersyukur kerana nama dicalonkan dalam anugerah berprestij itu kerana ia pengiktirafan untuk karier muzik di peringkat antarabangsa,” katanya.

Barisan calon dari negara lain yang turut bertanding dalam anugerah berprestij itu ialah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Sebelum ini, Faizal pernah dicalonkan dalam kategori sama pada 2015 tetapi kategori itu dimenangi penyanyi dari Vietnam, Son Tung M-TP.

The post Faizal bersyukur biarpun tewas appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Faizal bersyukur biarpun tewas

Sekianlah artikel Faizal bersyukur biarpun tewas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Faizal bersyukur biarpun tewas dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/faizal-bersyukur-biarpun-tewas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :