Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’

Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’ - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’
link : Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’

Baca juga


Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’

AKTRES Diana Danielle memberitahu filem Hanyut  arahan U-Wei Saari benar-benar membuka mata masyarakat dan industri bahawa dia bukan hanya bersandarkan wajah yang cantik semata-mata.
Diana, 26, mengakui dia mula mendapat kepercayaan untuk membawakan watak berat selepas terlibat dalam filem berkenaan enam tahun lalu.

“Alhamdulillah, Hanyut telah membuka banyak peluang kepada saya. Selepas saya berlakon filem ini, ramai yang nampak bakat dan yakin untuk beri saya naskhah berat.

“Saya terhutang budi pada U-Wei dan malam ini sekali lagi menjadi kenangan manis apabila dipilih membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik,” ujarnya.

Diana memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2017 yang berlangsung pada malam Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Filem Hanyut turut diumum sebagai Filem Terbaik di anugerah anjuran TV3 itu.

Diana sebelum ini menerima trofi pada kategori yang sama pada anugerah di Festival Filem Malaysia ke-29 pada 23 September lalu.

Dalam pada itu, Diana mengakui kemenangan tersebut sedikit sebanyak mengubat kegagalan filem itu meraih kutipan ketika ditayangkan pada November tahun lalu.

“Saya harap orang ramai menonton filem ini biarpun di skrin kecil kerana ia sangat berbaloi. Ia merupakan filem terbaik yang pernah saya lakonkan,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap soal bayaran dan pemilihan naskhah, Diana berkata, dia menerima naskhah yang betul-betul sesuai dan yang mahu dilakonkan tanpa memikirkan soal bayaran yang diterima.
“Kita tahu bayaran yang diperuntukkan stesen televisyen, jadi kita pun tidak boleh letak harga atau terlalu berkira tentang itu.

“Pada saya asalkan kita seronok dengan watak dan naskhah yang kita dapat itu sudah memadai,” ujarnya.

The post Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’

Sekianlah artikel Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Diana Danielle Buang Label ‘Pelakon Cantik’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/diana-danielle-buang-label-pelakon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :