Daki ABC bersama Amy Search

Daki ABC bersama Amy Search - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daki ABC bersama Amy Search, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daki ABC bersama Amy Search
link : Daki ABC bersama Amy Search

Baca juga


Daki ABC bersama Amy Search

Impian Amy Search, 59, untuk menjejakkan kaki di Annapurna Base Camp (ABC), Nepal dimulakan dengan latihan pertama bersama kumpulan seramai 19 orang di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 18 dan 19 September lalu.

Latihan dikendalikan Summit Attack Resources (SAR) yang sememangnya berpengalaman serta aktif membawa pendaki mendaki gunung di dalam dan luar negara itu turut membabitkan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu.

Amy berkata, pada hari pertama latihan dia sangat teruja.

“Saya juga melihat wajah pendaki yang lain turut teruja. Terima kasih kepada pasukan SAR yang memberi taklimat pendakian dan kelengkapan serta jadual latihan yang sesuai.

“Pengalaman mereka di sana amat penting buat saya dan pasukan kami dalam membuat persediaan mental dan fizikal,” katanya.

Amy berkata, dia juga bersyukur kerana mendapat sokongan isteri dan anak yang sering memberi galakan kepadanya untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Insya-Allah, semoga perjalanan saya ke sana dengan peminat dipermudahkan,” katanya yang pernah mendaki Gunung Kinabalu selain aktif dalam sukan lasak seperti scuba, berbasikal, sky diving dan berlari.

Walaupun kini sibuk mempromosikan album terbaru Search berjudul Katharsis dan Konsert Gegaran, Sabtu ini, Amy turut meluangkan masa mengikuti latihan bersama pendaki lain bagi memastikan staminanya sentiasa berada di tahap terbaik.

Dalam pada itu, Pengarah SAR, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, antara aktiviti yang dilalui Amy dan pendaki lain semasa latihan itu ialah taklimat ekspedisi altitude tinggi, ujian kesihatan, ujian kecergasan IPPT, berbasikal dan mendaki Bukit Kutu di Kuala Kubu Bharu.

“Taklimat dan latihan ini penting kepada semua pendaki sebagai persediaan sebelum berangkat ke sana. Kuala Kubu Bharu juga dipilih kerana ia mempunyai pelbagai kemudahan dan tempat bersesuaian dengan modul latihan yang dirancangkan.

Ekspedisi Annapurna Base Camp bersama Amy Search 2018 ini dilaksanakan pada April tahun depan.

Seramai 30 pendaki yang terpilih mendaki bersama Amy sehingga ke ABC pada ketinggian 4,130 meter itu.

The post Daki ABC bersama Amy Search appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Daki ABC bersama Amy Search

Sekianlah artikel Daki ABC bersama Amy Search kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daki ABC bersama Amy Search dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/daki-abc-bersama-amy-search.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :