Judul : Cincin Meghan Bertakhta Koleksi Berlian Puteri Diana
link : Cincin Meghan Bertakhta Koleksi Berlian Puteri Diana
Cincin Meghan Bertakhta Koleksi Berlian Puteri Diana
Kelmarin, menerusi akaun Instagram rasmi, Istana Kensington akhirnya mengumumkan Putera Harry, 33, telah selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Meghan Markle, pada 27 November lalu.
Di hari yang sama usai pengumuman pertunangan mereka, pasangan tersebut tampil di depan umum.
Tampil cantik mengenakan gaun berwarna putih, aktres berusia 36 tahun itu juga kelihatan cukup gembira sambil turut mempamerkan cincin pertunangan yang tersarung dijari manisnya.
Seperkara yang lebih hangat diperkatakan ialah mengenai rekaan cincin itu yang sebenarnya direka sendiri oleh Harry. Istimewanya, cincin tersebut bertakhtakan tiga biji berlian.
Berlian paling besar di tengah didatangkan khas daripada Botswana manakala dua berlian kecil di kedua sisinya merupakan koleksi mendiang ibu Harry, Puteri Diana, yang meninggal pada 1997.
“Tentu istimewa sekali memiliki ini, yang menghubungkan tempat asal kamu serta Botswana, yang penting bagi kita dan ini sempurna,” kata Meghan kepada tunangnya seperti yang dilaporkan New York Times.
..
Menurut pewaris kelima takhta British ini, beliau sengaja memutuskan memilih warna kuning untuk cincin itu kerana ia sesuai dengan citarasa Meghan.
Pasangan ini menjalin hubungan asmara selama satu setengah tahun sebelum memutuskan untuk bertunang. Mereka dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada musim bunga tahun 2018.
The post Cincin Meghan Bertakhta Koleksi Berlian Puteri Diana appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Cincin Meghan Bertakhta Koleksi Berlian Puteri Diana
Anda sekarang membaca artikel Cincin Meghan Bertakhta Koleksi Berlian Puteri Diana dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/cincin-meghan-bertakhta-koleksi-berlian.html