Judul : BR1M hanya menyusahkan rakyat!
link : BR1M hanya menyusahkan rakyat!
BR1M hanya menyusahkan rakyat!
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya menyusahkan rakyat, demikian menurut Penganalisis Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari.
Beliau berkata, BR1M yang diberikan sejak tahun 2012 bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin menangani kos sara hidup, tetapi ia sudah tidak lagi relevan pada masa ini.
“Kos sara hidup merujuk kepada jumlah perbelanjaan isi rumah ke atas barangan dan perkhidmatan untuk mengekalkan taraf hidup.
“Kos sara hidup dipengaruhi pergerakan peningkatan harga dan pertumbuhan gaji dan upah. Kajian mendapati, harga meningkat dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan gaji dan upah yang bertumbuh secara perlahan.
“Semakin tinggi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan, semakin tinggi perbelanjaan yang diperlukan,” katanya dalam Forum Belanjawan 2018 – Di mana keistimewaan Bumiputera? anjuran Perkasa di Kuala Lumpur, malam tadi.
Beliau berkata, harga makanan dilihat antara yang membebani rakyat di mana ia meningkat lebih tinggi berbanding dengan harga keseluruhan barangan dalam ekonomi.
“Rakyat memperuntukkan sebahagian besar daripada perbelanjaan bulanan ke atas makanan. Contohnya, statistik terkini menunjukkan rakyat luar bandar memperuntukkan 26 peratus daripada perbelanjaan bulanan mereka ke atas makanan.
“Ia peratusan yang agak tinggi. Untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup ini, kerajaan perlu memastikan kestabilan harga makanan, lebih baik ianya diturunkan,” ujarnya.
Jelasnya, bagi megimbangi perkara ini, BR1M harus dihentikan dan mencadangkan ia ditukar kepada subsidi makanan.
“Ini adalah cara terbaik. Penerima BR1M ini mungkin mengunakan bantuan tersebut untuk perbelanjaan ke atas makanan berbanding berbelanja kepada barang bukan keperluan seperti gajet.
“Sejauh manakah perkara ini dipantau keberkesanannya oleh kerajaan? Jika dibuat tinjauan ke atas penerima BR1M, kebanyakan daripada mereka menggunakan bantuan ini kepada perbelanjaan bukan berbentuk makanan,” katanya.
Tambah beliau lagi, terdapat dua pilihan alternatif yang boleh digunapakai oleh kerajaan untuk menggantikan BR1M ini.
“Pertama, sistem pemberian BR1M dalam bentuk tunai ini digantikan dengan pemberian dalam bentuk barangan keperluan makanan.
“Kerajaan mempunyai pilihan sama ada untuk memberikan barangan tersebut sekali keseluruhan dalam tempoh setahun atau memberikan dalam bentuk bulanan,” katanya.
Alternatif kedua, katanya, pemberian kupon barangan makanan juga boleh dipertimbangkan dan perlu memastikan kupon tersebut tidak boleh diperdagangkan atau ditukar kepada barangan lain.
“Dana pemberian BR1M boleh digantikan dengan pemberian subsidi kepada pihak pengeluar ke atas barangan makanan.
“Mungkin ada yang berpendapat sistem subsidi sebegini akan juga memberi manfaat kepada golongan kaya, tetapi orang kaya kurang berbelanja ke atas makanan, sebaliknya mereka banyak berhabis pada hiburan dan aktiviti sosial,” katanya.
Jelas beliau lagi, golongan berpendapatan rendah masih dapat menikmati sebahagian besar daripada subsidi tersebut.
“Dengan cara ini, sistem ini lebih baik kerana dapat menjimatkan kos operasi dan mampu menstabilkan harga dalam jangka masa panjang,” ujarnya.
Mohd Yusof berkata, BR1M ini adalah kebergantungan terhadap bajet negara dan ia sudah pasti boleh berubah pada bila-bila masa.
“Kalau kerajaan ada duit banyak, bolehlah dapat banyak, begitulah sebaliknya. Bayangkan, kalau BR1M ini diteruskan, ia tidak ke mana. Ini kerana, bantuan yang diterima sekitar RM1,200, tetapi penggunaan seharian adalah melebihi jumlah itu.
“Kerana itu, ia perlu diubah sebelum keadaan menjadi terus parah,” katanya.
Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meneruskan pemberian BR1M dengan memperuntukkan sebanyak RM6.8 bilion melibatkan tujuh juta penerima.
The post BR1M hanya menyusahkan rakyat! appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel BR1M hanya menyusahkan rakyat!
Anda sekarang membaca artikel BR1M hanya menyusahkan rakyat! dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/br1m-hanya-menyusahkan-rakyat.html