Azmil Mustapha okay

Azmil Mustapha okay - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmil Mustapha okay, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmil Mustapha okay
link : Azmil Mustapha okay

Baca juga


Azmil Mustapha okay

“ALHAMDULILLAH, dia semakin pulih dan semakin ceria. Dia memerlukan sedikit lagi masa untuk kembali pulih sepenuhnya. Abang saya dirawat dengan baik oleh doktor,” kata Aziph Mustapha mengenai abangnya, Azmil Mustapha, 64, yang juga pelakon popular era 1980-an yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur semalam selepas dilaporkan sukar bernafas akibat paru-paru berair.

Aziph ketika dihubungi berkata, pagi semalam Azmil menghadiri mesyuarat bersama beberapa rakannya.

“Dia nampak penat dan salah-seorang rakan membawanya ke PPUM untuk rawatan lanjut pada jam 12.30 tengah hari dan dia seterusnya dimasukkan ke unit kecemasan.

“Dia kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Aziph, abangnya juga tidak mahu diganggu dan perlu diberi sedikit ruang untuk kembali sihat.

“Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan dan kesejahteraan abang saya.

“Namun, kami meminta sedikit privasi supaya dia dapat berehat dengan aman sehingga pulih sepenuhnya, Insya-Allah,” katanya.

Bintang filem yang popular menerusi filem Mekanik, Ali Setan serta Suara Kekasih bergandingan dengan Fauziah Ahmad Daud ini pernah mengalami masalah jantung sejak setahun lalu tetapi keadaannya baik.

Azmil juga pernah dilaporkan kritikal akibat masalah jantung dan dirawat di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya awal tahun ini.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya kembali stabil selepas menerima rawatan rapi.

The post Azmil Mustapha okay appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Azmil Mustapha okay

Sekianlah artikel Azmil Mustapha okay kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmil Mustapha okay dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/azmil-mustapha-okay.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :