Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa

Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa
link : Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa

Baca juga


Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa

TIDAK hanya bertindak sebagai pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri juga bijak merencana hala tuju hidup.

Dalam diam, selebriti berusia 43 tahun ini mengatur langkah ke sektor pendidikan. Bukan sahaja menubuhkan pusat bertauliah, AIFA Skills Academy, Ahmad Idham turut membuka sekolah pendidikan khas, Eden Firdaus, sejak Februari 2015.

Atas sebab itu, kini, fokus utama anak jati Alor Setar, Kedah ini lebih terarah kepada memperjuangkan nasib anak-anak istimewa.

“Kanak-kanak istimewa ni lebih jujur, ikhlas dan bijak. Melayan anak-anak istimewa ni lebih elok daripada karenah netizen di luar sana, katanya sambil ketawa.

Mengulas lanjut, Ahmad Idham menyifatkan pembabitannya itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Tambahan pula, pelakon filem Tangkai Jering ini juga berpengalaman membesarkan anak sulungnya, Ahmad Firdaus, 17, yang menghidap autisme, sejak berusia dua tahun.

“Isunya adalah tahap kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap pendidikan khas masih lagi rendah. Saya hanya dapat feedback daripada pengurus tadika dan ibu bapa yang mahu mendalami ilmu pendidikan khas,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, pelakon I’m Not Single ini tetap bersyukur apabila ramai rakan artis dan beberapa syarikat tempatan mula menunjukkan kesedaran mengenai usaha yang dilakukan.

Justeru, pengarah Mr Cinderella ini mengguna pakai jenama AIFA Skills Academy sebagai usaha meluaskan empayarnya  menerusi tawaran kursus terbaru, Diploma Pendidikan Khas.

“Kebetulan, saya kaji isu ini dan akademi saya pula boleh membuka kursus baru. Itulah yang menjadi permulaannya,” katanya.

Jelasnya, sasaran utama adalah untuk memfrancaiskan Eden Firdaus, dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Untuk pendidikan khas, saya harus pastikan ada tenaga pengajar. Sebab itu, saya harap program ini mendapat perhatian lebih ramai pihak.

“Insya-ALLAH, saya akan memulakannya di Johor Bahru, tahun depan,” katanya.

Tidak hanya itu, Ahmad Idham turut meletakkan impian membina sebuah yayasan khas buat anak-anak istimewa.

“Saya mahu anak-anak ini dapat dibantu dengan lebih spesifik. Apa pun, semuanya masih dalam perancangan,” katanya.

Perlahan karier seni

Sibuk dengan bidang baru menyebabkan Ahmad Idham juga bakal mengurangkan had karier seninya.

Malah, tanpa berselindung, pengarah filem Adnan Sempit ini hanya akan menerbitkan satu atau dua filem, dalam tempoh setahun.

“Saya bukan kecewa dengan kutipan filem, saya cuma mahu fokus pada bidang baru diceburi. Inilah tumpuan utama saya. Bidang ini bukan berdasarkan bisnes semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun Ahmad Idham juga berhasrat menghasilkan sebuah karya berteraskan elemen pendidikan khas buat anak-anak istimewa.

Katanya, karya itu lebih bersifat memberi inspirasi kepada ibu bapa dalam mengendalikan kanak-kanak istimewa.

“Saya tak nak buat karya yang menagih simpati orang lain. Saya mahu karya itu mencetus inspirasi dan kesedaran.  Contohnya, yangmengetengahkan penghidap autisme,” katanya.

Jelasnya, karya itu nanti berkisarkan kehidupan beberapa watak yang berdepan cabaran dan cara membesarkan anak orang kurang upaya (OKU) ini.

“Saya mungkin akan membuat tiga cerita dalam satu karya yang melalui latar masalah berbeza tapi masih berpusat pada satu. Semua cerita itu pula berdasarkan pengalaman sendiri, rakan-rakan serta ibu bapa lain.

“Saya sendiri pun ada hampir 100 case study mengenai masalah ini,” katanya yang berharap karya itu dapat disiapkan sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia, menjelang April nanti.

Secara tidak langsung, katanya, karya tersebut dapat memberi pendedahan sebenar terutama kepada ibu-bapa dalam menjaga anak-anak istimewa.

“Apabila orang menontonnya, mereka akan ada ilmu bagaimana nak kendalikan anak-anak OKU.

“Apakah mekanisme atau langkah pertama yang harus dilakukan, umur sesuai untuk kenal pasti serta diperhatikan apabila mempunyai anak istimewa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham bakal muncul dalam filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib yang akan ditayangkan awal tahun depan.

Filem terbaru arahannya, Hantu Wangan pula masih dalam peringkat suntingan akhir

The post Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa

Sekianlah artikel Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahmad Idham perjuang nasib anak-anak istimewa dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/ahmad-idham-perjuang-nasib-anak-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :