5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik?

5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik? - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik?
link : 5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik?

Baca juga


5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik?

5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik?

Perkara mistik ni memang menjadi kesukaan orang kita, kalau tak takkanlah macam Mastika masih bertahan sampai sekarang. Malah ia jugak  merupakan majalah no 1 dan tertua di Malaysia!

Walaupun tak salah nak baca dan terhibur dengan cerita-cerita mistik, tapi pernah tak korang terfikir kenapa ia berlaku? Dan mestilah dengan zaman canggih sekarang ni, antara penjelasan yang ditunggu-tunggu adalah daripada segi sains, betul tak?

Ok, dalam banyak-banyak cerita mistik ni ada 5 kisah yang kami cuba cari penjelasan dari segi saintifik.

Cuba cari apakah dalam bulatan merah itu.–imej dari hotmagz.com

1. Bunyi guli dan budak berlari di rumah atas? Dah tak ada kerja lain agaknya!

Benda ni paling banyak jadi kat orang yang duduk bangunan bertingkat macam flat atau kondo.  Sampai kadang-kadang boleh terjaga daripada tidur tengah malam sebab dengar ada orang “main guli”. Atau boleh jadi jugak macam dengar “budak-budak berlari”dari rumah atas.

Tapi secara logik, apa jadahnya la nak main guli malam-malam? Esok tak payah pergi sekolah ke “budak-budak” ni? Tambah gerun bila esoknya jiran sebelah pulak beritahu yang rumah atas takde orang! Ah sudah, siapa yang yang main guli dan berlari-lari malam tadi?

Kesian budak-budak kat kondo, mana ada padang nak main galah panjang. Imej dari asianmoviepulse.com

Rupa-rupanya masalah guli dan budak berlari ni universal, dan sebenarnya ada penjelasan saintifik yang dikenali sebagai “water hammer”. Penjelasan ni macam kena dengan kebanyakan kes “guli” dan “budak berlari” ni berlaku di bangunan bertingkat.

Water hammer ni terjadi apabila cecair yang bergerak terpaksa berhenti secara tiba-tiba. Bila keadaan tu berlaku, ia hasilkan gelombang tenaga yang bergerak dalam paip dan “menumbuk” semua benda yang menghalangnya. Disebabkan sistem paip rumah ni tertutup, jadi tenaga yang terhasil tu akan menghentam dinding paip dan hasilkan bunyi. Itulah yang kita dengar sebagai bunyi “guli” atau “budak berlari”.

Tapi water hammer ni kalau dibiarkan lama-lama boleh rosakkan sistem paip bangunan, tapi jangan bimbang sebab ada cara nak halang, kalau nak tahu klik video bawah.

2. Mengandung tapi takde baby… perjanjian dengan makhluk halus ke?

Rasanya, sesiapa yang dah kahwin, berita dapat baby ni adalah perkara yang paling menggembirakan. Tapi kadang-kadang rezeki tu pun Tuhan tarik balik, ramai jugak yang keguguran dan sebagainya. Nak buat macam mana, takdir. Boleh usaha lagi!

Kena rajin usya suami! GIF dari giphy.com

Sebenarnya ada kes tentang mengandung ni yang “agak mistik”, iaitu disahkan mengandung tapi lepas beberapa bulan bila check balik takde baby dalam kandungan! Maka, muncullah banyak pandangan pelik, yang paling popular tentulah berkaitan jin. Kononnya, anak dalam kandungan tu hilang sebab diambil jin berpunca daripada pelbagai faktor misalnya perjanjian dengan makhluk haluslah, amalan khurafat mak ayah dan macam-macam lagi lah.

Tapi sebenarnya keadaan ini ada penjelasan saintifik perubatan. Fenomena “hilang baby” dalam kandungan ni dinamakan sebagai “blighted ovum”. Ia berlaku bila ovum tu disenyawakan dan terlekat pada dinding rahim, dan “kantung” mengandung tu terbentuk (tu sebabnya perut wanita masih lagi membesar) tetapi dalam kantung tu embryo/ janin tak terbentuk.

Kalau korang kenal sesiapa yang mengalami perkara ni, janganlah jadi jin dengan kata jin ambik anak diorang. Bersimpatilah sebab keguguran ni bukan main-main, kesan emosi dan psikologi terutamanya kepada wanita terlibat sangatlah besar.

Jangan jadi jin tanya bukan-bukan! Imej dari fangirlish.com

3. Perempuan histeria sebab rohani diorang lebih lemah berbanding lelaki sebab haid? Erkkk…

Banyak kes histeria berlaku melibatkan perempuan dan ada pandangan yang agak kontroversi yang kata perempuan lebih mudah kena histeria sebab:

“Rohani perempuan agak lemah berbanding lelaki. Orang perempuan maklumlah ada masa tak boleh solat, nak baca Al-Quran pun tak boleh.”- Datuk Shamsuri Shafie, Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi. Dipetik dari FMT.com

Erm, kami tak boleh nak komen sangatlah tentang pandangan ni. Walaupun kita tak boleh tolak langsung pandangan ni sebab tiada kajian saintifik lagi pernah dibuat untuk cari kaitan antara dua perkara ini, jadi yang kami boleh buat hanyalah berikan pandangan alternatif mengenai perkara ni daripada sudut perubatan.

Membacalah untuk luaskan pengetahuan! Imej kredit bamradionetwork.com

Histeria adalah penyakit mental pertama dalam sejarah manusia. Puncanya banyak, antaranya disebabkan oleh masalah psikologi dan tekanan perasaan. Histeria juga dimasukkan dalam kategori penyakit “somatofom disorder”, maksudnya penyakit fizikal yang tidak dapat dijelaskan, tetapi ada bukti kukuh yang ia ada kaitan dengan masalah psikologi. Malah, kalau wujud perasaan yang terlalu kuat, misalnya terlalu takut kepada perkara ghaib juga boleh menyebabkan histeria.

“Antara punca histeria ialah mangsa telah lama menghadapi tekanan yang teramat sangat hasil daripada himpunan konflik lama yang tidak dapat diselesaikan. Jadi, histeria dilihat sebagai salah satu cara untuk meminta tolong. Rasa takut dan percaya kepada perkara-perkara seperti dirasuk hantu memudahkan lagi berlakunya histeria terhadap seseorang individu.”- Prof. Dr. Azhar Zain, Pakar Perunding Kanan Psikiatri Perubatan UPM. Dipetik dari Kosm0.

Kalau korang pernah tengok orang kena histeria, memang menyeramkan sampai ada yang merangkak, menjerit melolong dan buat aksi-aksi yang manusia normal selalunya tak boleh buat. Ini pun sebenarnya ada penjelasan, iaitu ada kaitan dengan sistem saraf.

“Semua organ motor dan sensori boleh terlibat. Dalam hal ini, sistem motor akan menyebabkan tingkah laku seperti pergerakan berubah tanpa kawalan pesakit, manakala sistem sensori akan mengakibatkan sensasi rasa berubah seperti panas, sejuk dan tidak sakit walaupun terluka atau terbakar. Kombinasi motor dan sensori juga mampu mengubah suara sebab melibatkan kedua-dua sistem. Dengan tiadanya kawalan pada gate function otak, pesakit juga tidak berasa takut pada masa itu bahkan boleh menjadi lebih kuat kerana menggunakan keseluruhan tenaga tanpa had seperti biasa,”-Prof. Dr. Azhar Md. Zain. Dipetik dari Kosmo.

Tapi, macam mana pulak histeria ni boleh berjangkit? Sampai sekolah terpaksa kena tutup.  Perkara ni boleh dijelaskan daripada dua aspek, satu psikologi yang kedua sosiologi. Daripada aspek psikologi, histeria secara berjemaah ni adalah disebabkan pemindahan rasa kebimbangan, kerisauan, atau ketakutan yang melampau. Sebab tu kalau kita baca kes-kes histeria, ia bermula dengan seorang, lepas tu merebak kepada ramai, disebabkan persekitaran tu dah diolah dengan perasaan-perasaan yang negatif tadi.

Hai… nak main sek sek pom pom? Imej dari giphy.com

Aspek sosiologi pulak boleh menjelaskan kenapa lebih ramai perempuan yang terkena histeria, salah satunya adalah disebabkan proses sosialisasi (secara mudahnya, cara diorang dibesarkan dan bergaul) sehingga menyebabkan diorang memendam segala benda yang tak puas hati dan sampai satu tahap perasaan yang ditekan-tekan tu meluru keluar sehingga menjejaskan fizikal/emosi diorang dan cetuskan histeria.

Walaupun begitu, kita tak boleh jugak tolak unsur spiritual dalam hal ni. Sebabnya mudah, kita sendiri tak tahu dengan tepat punca dan rawatan terbaik, sebab tu lebih berguna kalau kita amalkan rawatan holistik yang taklah meminggirkan agama tetapi juga tidak menolak perubatan moden.

4. Sesat dalam hutan berhari-hari dan terjumpa bunian? Ada juga sesat di Mekah tak nampak Kaabah!

Kejadian tersesat dalam hutan ni memang berlaku di semua tempat, malah di Amerika Syarikat 2,659 orang terbunuh dalam hutan sahaja. Di Malaysia pulak, kami tak jumpa statistik penuh (kalau tahu habaq mai), tapi berdasarkan laporan berita, sesat dan hilang dalam hutan ni tak boleh dibuat main.

Antara kes yang menggemparkan negara adalah kehilangan 7 pelajarOrang Asli di hutan Kelantan serta kehilangan seorang remaja selama tujuh hari di Bukit Broga, Selangor. Macam-macam cerita sebenarnya dalam kes hilang di hutan ni, yang paling diketahui umum tentulah kisah disorok bunian. Hakikatnya, kita tak tahu kisah penuh apa yang berlaku, tapi ada penjelasan sains yang agak menarik, iaitu tentang pergerakan orang dalam hutan.

Kalau kampung orang bunian happening macam ni, memang sah lah tak nak balik rumah. Imej dari giphy

Salah satu penemuan yang ditemui adalah bila kita sesat, kita cenderung untuk bergerak dalam bulatan. Sebabnya mudah, kita rasa panik dan “sense of direction” kita hilang. Jadi, instead of melangkah lebih jauh, kita sebenarnya berpusing-pusing di tempat yang sama tanpa kita sedar.

Ahli sains kata, bila kita nampak matahari atau bulan, kita boleh agak arah mana nak tuju (matahari terbit timur, tenggelam barat etc), tapi jika cuaca mendung atau berkabus, itulah ketikanya orang sesat akan mula berjalan dalam bulatan kelilingi kawasan yang sama.

Bila kita tak nampak matahari dan bulan dalam hutan, situasi akan jadi lagi buruk. GIF dari giphy

Ada juga cerita tentang “sesat” di Mekah tapi tak nampak Kaabah, rasanya ramai kot pernah dengar cerita ni. Malah kisah ni jadi liputan media Arab Saudi sendiri, tapi ada penjelasan yang diberikan iaitu projek pembesaran Masjidil Haram yang terlampau hebat sampai mereka yang tak biasa dengan kawasan tu sesat. Malah, disebabkan kawasan tu dah bertambah luas, ada jugak yang sembahyang tak ikut arah Kaabah walaupun Kaabah dah ada depan mata.

5. Muntah darah, keluar paku dan kaca? Santau dan sihir yang menakutkan!

Kalau korang ingat, tak lama dulu USM pernah nak buat seminar pasal sihir dan santau, tapi disebabkan kecoh kerana diperlekehkan dan dianggap tak saintifik, buang masa dan tenaga seminar tu dibatalkan. Walaupun ia dibatalkan, benda sihir, santau dan seangkatan dengannya ini memang jadi isu dalam masyarakat kita, jadi terpulang nak percaya atau tak.

Betapa kuatnya kepercayaan ni sampai macam-macam isu yang timbul misalnya,  “dua benda ‘pelik’ berupa tiga keratan buluh yang diikat dengan tali dan dibakar pada hujungnya”  untuk kenakan orang sampailah kepada disantau menggunakan gambar yang dipost ke media sosial.

Amalan sihir yang kejam dan susah nak dijelaskan. GIF dari giphy

Sebenarnya, santau ni susah nak dijelaskan, malah pengamal perubatan Islam dan ustaz yang dikenali ramai pun kata:

“Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.” – Allahyarham Datuk Dr Haron Din. Dipetik dari syahrilkadir.wordpress.

Santau ni banyak jenis, kesan dan cara pengubatannya. Disebabkan tak banyak kajian tentang santau dijalankan, maka pengetahuan kita masih lagi kurang. Malah, di seluruh dunia pun kajian tentang “magik” dan sihir ni sering kali dipandang rendah kerana tak saintifik dan tak menepati konsep sains yang diterima pakai umum sekarang.

Imej dari Holistik

Misalnya, ada satu kisah tentang asal usul rawatan polio. Diceritakan ketika rawatan sains moden masih bergelut nak tahu tentang macam mana nak ubati polio, satu suku kaum di Pergunungan Ural, Rusia ni dah guna sejenis bunga putih berakar hitam yang disapu ke kaki pesakit polio untuk cegah kelumpuhan yang dialami merebak. Lama-lama barulah tahu, bunga itu mengandungi “galantamine” yang kini digunakan secara meluas termasuklah untuk penyakit Alzheimer. Begitu juga dengan kaedah hipnosis yang digunakan dalam psikologi sekarang ada asal usulnya daripada amalan “sihir” dan “magic” orang dulu-dulu.

Begitulah agaknya tentang santau atau sihir Nusantara atau perubatan tradisional ini, mungkin kalau kita betul-betul buat kajian bersandarkan prinsip saintifik, kita akan boleh jelaskan dan gunakan ia untuk kebaikan manusia. Lagipun, bukankah sains tu wujud untuk kita hapuskan ketakutan tak berasas? Macam cakap makcik Curie ni.

Seperti kata-kata Makcik Curie yang mengabdikan dirinya pada sains yang penuh hikmah ini:

“Tiada apa dalam kehidupan yang perlu ditakuti, ia hanya perlu difahami. Kini masanya untuk kita faham lebih supaya ketakutan kita kurang.” – Marie Curie (terjemahan kasar kami). Dipetik dari thoughtco.com

Dengarlah cakap makcik saintis ulung ni! Imej dari giphy.

Ilmu pengetahuan tu sangatlah luas tak terjangkau dek akal manusia

Bila bercakap soal sihir, kisah mistik yang masih tak boleh dijelaskan dengan sains ni ramai orang sekarang suka perlekeh dan rendah-rendahkan. Sebabnya, kita dah terbiasa dengan penjelasan rasional, bila ada benda yang macam tak masuk akal sikit berlaku, kita rasa benda tu tak betul. Walaupun sebenarnya, terlalu awal untuk kita tolak perkara tu mentah-mentah.

Sains sendiri pun berkembang kerana proses cuba jaya dan ulangan eksperimen untuk buktikan sesuatu perkara. Rasionalnya yang menganggap semua perkara ada penjelasan perlu kita angkat sampai bila-bila. Tetapi ini tak bermakna sesuatu yang masih belum boleh dijelaskan kita tolak mentah-mentah. Kalau nak jadi ahli sains perlulah ada semangat tinggi nak tahu semua benda kan?

Dunia kan indah, raikan yang zahir dan batin! Imej dari giphy.com

Banyak kisah penemuan dunia berpunca daripada semangat ingin tahu berdasarkan pemerhatian sekeliling. Contohnya macam Newton tengok epal jatuh barulah dia teringin nak siasat pasal graviti, Einstein pulak dapat inspirasi daripada cerita rekaan penulis untuk kupas secara sains, Ibnu Sina pula dapat inspirasi daripada Al-Quran dan wahyu Tuhan. Malah banyak rekaan dunia moden ahli sains ambik daripada Star Trek dan War of the Worlds!

Jadi tak mustahil satu hari nanti, akan ada inspirasi sains yang diambil daripada kisah mistik Nusantara, misalnya untuk jadi ghaib ke atau apa-apa jerlah. Kalau Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan tahun ini boleh diberikan kepada ahli sains yang berjaya jelaskan tentang “jet lag” atau “biological clock” badan manusia, mana tahu di masa depan kajian sains yang jelaskan tentang perkasa mistik pula akan diiktiraf? Bak kata pakcik Einstein:

“Untuk timbulkan persoalan baru, untuk melihat masalah lama daripada sudut pandang baru, memerlukan imiginasi kreatif dan itulah petanda kemajuan sebenar sains.” – Albert Einstein (terjemahan kasar kami). Dipetik dari brainyquote.com

Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik?

Sekianlah artikel 5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 perkara mistik yang orang Malaysia percaya… dan penjelasannya secara saintifik? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/5-perkara-mistik-yang-orang-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: