Judul : 24 Hours To Live bukan naskhah klise
link : 24 Hours To Live bukan naskhah klise
24 Hours To Live bukan naskhah klise
TIDAK dinafikan, kisah mengenai pembunuh upahan bukan kisah baru dalam filem Hollywood, lebih-lebih lagi melibatkan pembunuh upahan yang perlu survive untuk memastikan misinya berjaya.
Sejujurnya ketika awal menonton trailer filem ini, penulis membayangkan 24 Hours To Live tidak banyak bezanya dengan filem lain yang pernah ditayangkan. Namun jangkaan itu meleset selepas menonton keseluruhan filem arahan Brian Smrz baru-baru ini.
Filem yang menyaksikan pelakon veteran, Ethan Hawke sebagai watak utama ini turut dijayakan Paul Anderson, Rutger Hauer dan Liam Cunningham.
24 Hours To Live mengisahkan Travis Conrad (Hawke), seorang pembunuh upahan yang memilih untuk berhenti daripada kerjayanya. Bagaimanapun, keputusan itu membuatkan nyawa anak dan isterinya melayang.
Tidak lama kemudian, bekas rakan sekerjanya datang berjumpa dan mengajaknya melakukan satu misi dan menawarkan AS$2 juta sebagai upah. Biarpun enggan pada awalnya, namun Conrad tertarik dengan upah yang ditawarkan.
Namun tugas itu tidak semudah disangka apabila Conrad terbunuh selepas usahanya digagalkan seorang pegawai CIA.
Dan ia tidak berakhir begitu sahaja kerana Conrad dihidupkan semula menerusi sistem rahsia syarikatnya bekerja dan dia hanya mempunyai 24 jam untuk menyempurnakan tugasan.
Tentu sekali pelbagai babak aksi, cemas, pertarungan dan babak tembak menembak diadun di dalam filem ini dan menjadikan filem ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Tidak hanya mempertaruhkan babak aksi semata-mata, Smrz turut bijak mengadun babak emosi agar ia kelihatan seimbang dari pelbagai sudut, begitu juga dengan lakonan mantap Hawke yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Secara keseluruhannya, ia masih sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton. Cuma nasihat penulis, janganlah dibayangkan filem ini seperti filem Hollywood lain dengan bajet yang besar.
Tidak dinafikan ada beberapa kelemahan lain, namun ia tidaklah begitu ketara di pandangan mata.
Jadi bagi anda yang ingin mengetahui nasib Conrad dan berjayakah dia menyempurnakan misi serta apakah yang berlaku kepadanya selepas tempoh 24 jam itu?
Jangan lupa mendapatkan jawapannya di pawagam.
The post 24 Hours To Live bukan naskhah klise appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 24 Hours To Live bukan naskhah klise
Anda sekarang membaca artikel 24 Hours To Live bukan naskhah klise dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/24-hours-to-live-bukan-naskhah-klise.html