12 rumah rosak dilanda angin puting beliung

12 rumah rosak dilanda angin puting beliung - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 12 rumah rosak dilanda angin puting beliung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 12 rumah rosak dilanda angin puting beliung
link : 12 rumah rosak dilanda angin puting beliung

Baca juga


12 rumah rosak dilanda angin puting beliung

Kira-kira 12 rumah di  Kampung Alor Ali dan Kampung Rambai di sini rosak teruk selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.

Kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan kebanyakan bumbung rumah terbabit tercabut dan diterbangkan  angin ke kawasan bendang berhampiran akibat pusaran angin yang kuat disusuli hujan lebat selama 10 minit.

Exco Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  Kampung Alor Ali Ahmad Shukri Omar berkata, rumah yang rosak itu membabitkan enam rumah di Kampung Alor Ali manakala selebihnya di kampung bersebelahan iaitu Kampung Rambai.

Beliau berkata, sebelum menghampiri kampung berkenaan pusaran angin itu menarik air di dalam bendang  ke atas sebelum bergerak membadai perkampungan itu.

“Buat masa ini,  saya jadikan rumah saya sebagai penempatan sementara bagi menempatkan kesemua mangsa sebelum tindakan lanjut daripada pihak berwajib,” katanya kepada Bernama malam ini.

Seorang mangsa Che Haminah Awang,  67, yang juga ibu tunggal berkata kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak dia menetap di kampung itu lebih 50 tahun lepas.

Katanya angin kuat yang datang itu dengan begitu pantas hingga menyebabkan bumbung rumahnya tercabut sebelum diterbangkan ke rumah jiran berhampiran.

“Angin sangat kuat sehingga saya dan dua orang cucu terpaksa lari menyelamatkan diri keluar dari rumah bagi mengelak dihempap kayu bumbung,” katanya.

Che Haminah berkata, berikutan kejadian itu dia mengalami kerugian ribuan ringgit apabila kelengkapan rumah seperti televisyen,  almari baju,  mesin basuh dan peralatan elektrik rosak.

Seorang lagi mangsa Norlijam Sari Hussin,  40, berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa jiran yang datang berkunjung ke rumahnya pada waktu itu terpaksa berlindung di dalam rumahnya itu dan hanya  mampu  melaungkan azan dalam keadaan cemas bagi meredakan keadaan itu.

“Kami tidak pernah alami perasaan sebegini sebelum ini di mana angin itu kelihatan ‘ganas’ sehingga menggegarkan rumah dan mencabut bumbung rumah dengan sekelip mata,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM)  Pendang  Sarjan Fairol Azhar Mohd Arshad berkata, lapan anggota APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 6.30 petang.

“Kami membantu mengalihkan perabot dan peralatan rumah penduduk…syukur tiada penduduk yang tercedera dalam kejadian tersebut,” katanya

The post 12 rumah rosak dilanda angin puting beliung appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 12 rumah rosak dilanda angin puting beliung

Sekianlah artikel 12 rumah rosak dilanda angin puting beliung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 12 rumah rosak dilanda angin puting beliung dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/12-rumah-rosak-dilanda-angin-puting.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :