Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah

Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah
link : Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah

Baca juga


Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah

Semua sudah sedia maklum dengan kontroversi yang mengaitkan dua orang bekas anggota kumpulan Elite, Hana dan Watie tentang isu tuntutan saman Hana terhadap Watie.

Menurut satu sumber, Watie telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) pada 30 November depan.

Hakim Rasyihah Ghazali telah memerintahkan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali ketika prosiding dalam kamar yang turut dihadiri Hana juga peguamnya, Samir Zainal.

Selain itu, Watie juga turut diperintah untuk membayar sebanyak RM2,500 setiap bulan kepada Hana dan ianya berkuat kuasa pada Januari 2018.

Samir Zainal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata jumlah RM102,490.05 itu termasuk dalam ganti rugi seperti diarahkan mahkamah sebelum ini, iaitu sebanyak RM707,351.83.

Katanya lagi, untuk permulaan Watie perlu membuat pembayaran sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November depan.

“Untuk baki selebihnya pula, iaitu RM2,990.05 Watie boleh bayar pada bulan berikutnya.

“Hana akan bebas daripada status muflis selepas mendapat surat pembatalan daripada Jabatan Insolvensi yang mengesahkan Hana tidak lagi diisytihar muflis,” katanya.

Dalam pada itu, Samir juga berkata bayaran RM2,500 pula harus dibayar kepada Hana pada setiap 25 hari bulan sehingga jumlah RM604,861.78 selesai.

Hana pula menarik nafas lega dan bersyukur kerana semuanya sudah berakhir.

“Saya kini bebas dan lega dengan keputusan mahkamah hari ini dan saya boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

“Impian saya untuk bertemu dua anak yang kini di bawah jagaan bekas suami di London dapat ditunaikan,” katanya.

Menurut Hana, dia tidak dapat bertemu dengan dua orang anaknya, Aaron David Mann, 16 dan Alayna Daviella Mann, 15 sejak diisytihar muflis kerana disekat untuk ke luar negara.

The post Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah

Sekianlah artikel Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Watie Diperintah Bayar, Hana Lega Dengan Keputusan Mahkamah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/watie-diperintah-bayar-hana-lega-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :