Judul : Wajah T.O.P. Dikaburkan Dalam Program TV
link : Wajah T.O.P. Dikaburkan Dalam Program TV
Wajah T.O.P. Dikaburkan Dalam Program TV
STESEN televisyen KBS diselar peminat T.O.P. gara-gara pihak produksi May I Sleep Over bertindak mengaburkan wajah anggota kumpulan Big Bang menerusi program itu.
Koreaboo melaporkan ia dipercayai stesen berkenaan memboikot penyanyi itu yang sebelum ini terlibat dalam kontroversi penyalahgunaan dadah jenis Marijuana.
Bagaimanapun peminat menganggap tindakan mengaburkan wajah T.O.P. adalah tidak wajar dan dia tidak seharusnya terus dihukum kerana kesalahan dilakukan.
Wajah T.O.P. dikaburkan ketika dua hos program travelog itu, Lee Sang Min dan Kim Jong Min berada di sebuah rumah peminat penyanyi itu di Rome, Itali.
Kedua-dua hos itu dalam misi mencari sesiapa yang sudi menumpangkan mereka selama satu malam di rumah dan terserampak dengan seorang wanita dikenali sebagai Martha.
Ketika tiba di rumah Martha, mereka terkejut melihat banyak poster Big Bang dan ketika kamera memfokuskan ke arah poster-poster itu wajah T.O.P. dikaburkan.
The post Wajah T.O.P. Dikaburkan Dalam Program TV appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Wajah T.O.P. Dikaburkan Dalam Program TV
Anda sekarang membaca artikel Wajah T.O.P. Dikaburkan Dalam Program TV dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/wajah-top-dikaburkan-dalam-program-tv.html