Judul : Tak Benarkan Media Rakam Gambar Anak
link : Tak Benarkan Media Rakam Gambar Anak
Tak Benarkan Media Rakam Gambar Anak
Selama ini Shah Rukh Khan (SRK) memang tidak pernah menghalang media dan paparazi merakamkan gambar anak bongsunya, AbRam Khan.
Tetapi apabila kanak-kanak berusia 4 tahun itu mula bersekolah, dia mahu pastikan AbRam dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain tanpa gangguan lensa kamera.
AbRam kini sudah mula bersekolah di Dhirubhai Ambani International School dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Sekolah itu menjadi pilihan pasangan selebriti di Mumbai dan pengurusan sekolah sudah sedia maklum mengenai keselamatan murid yang belajar di situ.
Menurut sumber, SRK tak mahu sesiapa merakamkan gambar anaknya di sekolah kerana tidak mahu anaknya itu berasa tertekan.
“Dulu ketika Aryan kecil sama juga. SRK tak suka Aryan diganggu dan selepas tamat sekolah di Mumbai, Aryan terus dihantar menyambung pengajian di London.
“Dia mahu anaknya bebas dan seronok di sekolah dengan kawan mereka. Lagipun, menurut SRK, paparazi sudah banyak merakam gambar AbRam dan kali ini biarlah dia rasa hidup bebas tanpa menjadi tumpuan kamera.
“SRK sangat mementingkan pendidikan anaknya,” kata sumber itu.
Bagaimanapun, ada saja paparazi yang ‘berkampung’ di tepi sekolah untuk mengambil gambar AbRam.
The post Tak Benarkan Media Rakam Gambar Anak appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tak Benarkan Media Rakam Gambar Anak
Anda sekarang membaca artikel Tak Benarkan Media Rakam Gambar Anak dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/tak-benarkan-media-rakam-gambar-anak.html