Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri

Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri
link : Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri

Baca juga


Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri

PENYANYI Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.

Siti, 38, menerusi posting di Instagram miliknya mengucapkan syukur atas kurniaan tersebut.

“Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini.

“Ini merupakan satu penghormatan kepada saya. Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.

“Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya,” tulisnya.

Foto Siti Nurhaliza sedang menerima darjah kebesaran tersebut turut mendapat ratusan komen peminat yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut.

Malah, penyanyi lagu Segala Perasaan ini juga menganggap kurniaan ini sebagai rezeki ketika dia sedang hamil empat bulan.

“Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza,” katanya.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 101 penerima.

Sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk.

The post Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri

Sekianlah artikel Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahniah, Siti Nurhaliza Kini Datuk Seri dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/tahniah-siti-nurhaliza-kini-datuk-seri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :