Shahir tarik diri AF Megastar

Shahir tarik diri AF Megastar - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahir tarik diri AF Megastar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahir tarik diri AF Megastar
link : Shahir tarik diri AF Megastar

Baca juga


Shahir tarik diri AF Megastar

PENYANYI Shahir Zawawi menyatakan hasrat mahu menarik diri daripada pertandingan akhir AF Megastar yang akan berlangsung Ahad ini.

Berita mengejutkan itu dikongsinya menerusi laman sosial Instagram peribadi sebentar tadi.

Menerusi kenyataan itu, Shahir memilih menarik diri selepas menganggap kontroversi yang membabitkan dirinya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi sebagai satu sabotaj.

Dalam kenyataan sama, Shahir menegaskan ada pihak cuba menutup periuk nasinya sehingga dia tergerak hati untuk menarik diri daripada program itu.

“Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

“Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan kerjaya saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri daripada pentas akhir AF Megastar,” tulisnya.

Terdahulu, gambar Shahir bersama Mimi tular di media sosial sehingga penyanyi terbabit menjelaskan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu sekadar peminatnya.

Mona pula mendakwa, Shahir cuba menyembunyikan kebenaran apabila tidak mengakui mereka berkawan sejak sebulan lalu.

Pada pentas akhir AF Megastar, Shahir akan berentap dengan empat lagi finalis iaitu Idayu, Marsha, Bob dan Syamel.

The post Shahir tarik diri AF Megastar appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Shahir tarik diri AF Megastar

Sekianlah artikel Shahir tarik diri AF Megastar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahir tarik diri AF Megastar dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/shahir-tarik-diri-af-megastar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :