RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket

RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket
link : RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket

Baca juga


RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket

Seorang guru tergamam seketika apabila mendapati wang di dalam tiga akaun bank miliknya berjumlah RM72,650 lesap dipercayai dikeluarkan oleh sindiket penipuan, dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Gong Badak, Kuala Nerus, Khamis lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi, mangsa berusia 47 tahun yang ketika itu berada di sekolah menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memperkenalkan diri kononnya daripada ibu pejabat sebuah bank di Kuala Lumpur.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd  Rafar berkata, individu tersebut memaklumkan kononnya pinjaman yang dimohon mangsa sebelum ini berjumlah RM30,000 sudah diluluskan.

“Individu terbabit memberitahu yang mangsa sebelum ini pernah membuat permohonan pinjaman di Kota Kinabalu, Sabah, bagaimanapun, mangsa menafikan sekeras-kerasnya yang dia pernah memohon pinjaman itu.

“Beberapa minit kemudian, panggilan itu disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu sebelum mangsa bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai “Sarjan Suhairi’ dan memberitahu yang mangsa merupakan suspek utama dalam satu kes jenayah,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Idris berkata, selain itu, individu tersebut turut mengarahkan agar memberikan nombor akaun bank sebelum mangsa tanpa berfikir panjang terus memberikan nombor akaun tiga buah bank miliknya disebabkan terlalu takut.

Katanya lagi, selepas menamatkan perbualan itu, kira-kira jam 1 petang hari sama, mangsa merasa tidak sedap hati sebelum mengambil keputusan pergi ke tiga buah itu untuk membuat semakan.

“Mangsa terkejut selepas mendapati berlaku pemindahan wang miliknya dipercayai dibuat secara talian tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

“Yakin perbuatan itu daripada sindiket penipuan sebelum ini, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya selain ingin pihak bank membekukan ketig-tiga akaun bank miliknya,” katanya.

Jelasnya, kes berkenaan kini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

The post RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket

Sekianlah artikel RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM72,650 milik cikgu lesap diperdaya sindiket dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/rm72650-milik-cikgu-lesap-diperdaya.html

Subscribe to receive free email updates: